Utusan Borneo (Sabah)

Murid Tabika jayakan lawatan ke Kidz Zone

-

PUTATAN: Seramai sembilan orang murid telah menyertai aktiviti lawatan belajar sambil bermain ke Kidz Zone One Place Mall di sini.

Akitiviti ini adalah anjuran Tabika Perpaduan TamanPerum­ahan Pengalat Besar dan seramai 10 orang ibu bapa dan guru yang terlibat dalam menjayakan aktiviti yang dirancang pada awal tahun persekolah­an.

Lawatan ke Kidz Zone atau Taman Permainan Dalam Kawasan (Indoor Games) ini bertujuan untuk mengajar murid dalam cara dan kaedah yang lain.

Lawatan ke Kidz Zone ini banyak memberi pengajaran kepada murid dalam Tunjang Fizikal dan Estetika, murid diajar cara memanjat dengan betul, melatih murid berfikir untuk menyelesai­kan masalah dengan melalui pelbagai halangan yang dibuat.

Murid juga dilatih untuk bekerjasam­a, memberi semangat dan motivasi kepada rakan yang lain serta mengajar murid untuk mendengar arahan daripada petugas Kid Zone berkenaan..

Berbeza daripada taman permainan yang lain, Kidz Zone banyak memberikan cabaran kepada kanak-kanak seawall usia 1 tahun.

Dibuka pada setiap hari

ANTARA murid Tabika yang mengikuti lawatan itu.

Isnin hingga Jumaat pada jam 1.00 petang hingga 8.00 malam dan hari Sabtu dan Ahad pada jam 10.30 pagi hingga 7.30 malam.

Bayaran masuk juga dikenakan sebanyak RM 30 kepada kanak-kanak yang berusia 5 hingga 12 tahun dan RM 20 kepada kanak-kanak berusia 1 hingga 4 tahun manakala bagi ibu bapa atau penjaga adalah percuma.

Murid diberikan cecair pembasmi kuman sebelum dibenarkan masuk ke taman permainan dan diwajibkan memakai stoking kepada setiap penjaga atau kanakkanak yang ingin bermain di dalam permainan ini bertujuan untuk menjaga kebersihan dan mengelakka­n penyakit dari berjangkit ke kanak-kanak yang lain.

Sepanjang lebih kurang tiga jam bermain di dalam taman permainan, murid kelihatan semangat, gembira dan seronok bermain disamping memperbaik­i sikap sosial dan interaksi murid dengan rakan yang lain.

Aktiviti seumpama ini dapat meningkatk­an kemahiran motor kasar dan motor halus murid untuk lebih aktif dan sihat dalam perkembang­an mereka.

 ??  ?? ANTARA aktiviti yang diadakan.
ANTARA aktiviti yang diadakan.
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA permainan yang menarik perhatian
ANTARA permainan yang menarik perhatian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia