Utusan Borneo (Sabah)

Malam tragik di jalan raya

Penunggang motosikal, kanakkanak berbasikal maut dalam dua kemalangan berasingan

-

KUCHING: Seorang penunggang motosikal terbunuh, manakala seorang lagi cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta berdekatan Kampung Punau, Batu 17 Jalan Puncak Borneo di sini, kira-kira jam 9.30 malam Selasa.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Hunter Jiming berusia 48 tahun dan berasal dari Kampung Annah Rais, Padawan.

Difahamkan, semasa kejadian kedua-dua motosikal terbabit dalam perjalanan menuju ke pusat bandar apabila dirempuh kereta yang datang dari arah bertentang­an.

“Kereta tersebut dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentang­an dan merempuh kedua-dua motosikal tersebut yang datang dari arah Puncak Borneo.

“Impak rempuhan tersebut menyebabka­n seorang penunggang motosikal (Hunter) maut di tempat kejadian,” kata sumber.

Pemandu kereta serta seorang lagi penunggang motosikal yang mengalami kecederaan parah kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu semasa dihubungi mengesahka­n kejadian tersebut.

“Kesemua kenderaan terlibat dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan untuk pemeriksaa­n PUSPAKOM dan Jabatan Kimia,” katanya.

Kesdisiasa­tdibawahSe­ksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Dalam kejadian berasingan, seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia ketika menerima rawatan di HUS selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Tun Razak di sini, malam Selasa.

Mangsa dikenali sebagai Ramis Sari Rinnie berusia sembilan tahun dan berasal dari RPR Bandar Baru Samariang.

Difahamkan, semasa kejadian mangsa dikatakan mengayuh basikal bersama beberapa rakannya apabila dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan sebuah kereta yang kemudian melanggarn­ya sekitar jam 7 malam.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah kemudian dikejarkan ke Unit Kecemasan HUS selepas diberikan rawatan kecemasan oleh anggota paramedik di tempat kejadian.

“Bagaimanap­un, dia disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7.45 malam (Selasa),” kata sumber.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu mengesahka­n kejadian tersebut.

Siasatan lanjut polis masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ?? KEADAAN di lokasi kemalangan jalan raya yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal di Jalan Puncak Borneo, malam Selasa.
KEADAAN di lokasi kemalangan jalan raya yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal di Jalan Puncak Borneo, malam Selasa.
 ??  ?? HUNTER
HUNTER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia