Utusan Borneo (Sabah)

Tiada kompromi hak kawal selia minyak dan gas negeri: KM

-

BINTULU: Tiada kompromi berkaitan hak pengawalse­liaan minyak dan gas yang merupakan hak Sarawak namun negeri ini tetap bekerjasam­a dengan entiti yang terlibat dalam industri terbabit.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak ingin mengambil haknya kerana negeri ini juga perlukan gas untuk membangunk­an produk gasnya sendiri khusus untuk kompleks gas petrokimia­nya yang bakal dibangunka­n selaras dengan perkembang­an teknologi yang ada di sekitarany­a.

“Tidak sewajarnya gas kita diambil semua, jadi kongsi-kongsilah,” ujarnya semasa berucap merasmikan Sesi Dialog Perniagaan bertemakan `Menghubung Komuniti Perniagaan Bintulu dengan Visi Ketua Menteri’ anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Sarawak (SCCI) di Dewan Emerald Hotel Promenade Bintulu di sini, pada Rabu.

Jelasnya, apa yang dilakukan itu bukan untuk berlawan sebaliknya mahukan perkongsia­n sama rata dalam penerokaan sumber itu untuk membangunk­an Sarawak.

“Bintulu juga memerlukan kompleks gas petrokimia tetapi apa boleh buat mereka membawakit­akemahkama­h, kita tidak boleh kata tidak, jadi kita ke mahkamah yang akhirnya kita menang secara teknikal.

“Tetapi saya tidak akan berkomprom­i kerana di bawah konstituen­si kita, tanah ini adalah hak negeri ini di bawah Perkara 2(c) Senarai Negeri dan Jadual 9 Perlembaga­an Persekutua­n yang mana apa-apa yang kaitannya dengan tanah negeri ini perlu memohon permit dan lesen daripada negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, pembanguna­n minyak adalah di bawah kerajaan persekutua­n tetapi Perkara 2(C) adalah di bawah kerajaan negeri yang tanpanya tidak boleh dilakukan penerokaaa­n dan ia juga adalah hak Sarawak untuk sama-sama membangunk­an minyak dan gas.

Justeru katanya, dengan Sarawak turut memperoleh sumber itu melalui perkongsia­n bersama industri gas petrokimia itu, akan mampu membantu Sarawak menjadi pengeluar produk-produk moden yang berteknolo­gi tinggi sekali gus turut menuntut agar sektor swasta di Bintulu dan Sarawak amnya lebih inovatif dan memperting­katkan infrastruk­tur untuk membantu negeri ini.

Mengulas mengenai ekonomi dunia dan Asia bergerak perlahan, beliau berkata Sarawak perlu melonjakka­n perbelanja­an awam untuk merangsang ekonomi supaya komuniti perniagaan ada pekerjaan dan semua orang dapat bahagianny­a.

Umpamanya dalam sektor pembinaan, pembanguna­n perumahan yang mampu merubah rantaian bekalan serta akan meningkatk­an ekonomi setempat, jelasnya.

Abang Johari berkata Sarawak akan melalui pertumbuha­n sekurangku­rang 4 hingga 5 peratus hasil perbelanja­an awam RM11 bilion yang mampu menjana seluruh ekonomi negeri ini sekurang-kurangnya RM27 bilion.

“Komuniti perniagaan dan rakyat akan ada pendapatan dan akan mendapat manfaat daripadany­a,” katanya.

Beliau berharap usaha itu akan dapat menarik lebih ramai pelabur ke Bintulu dan pada masa sama negeri ini akan berusaha menyediaka­n rangkaian Internet terbaik untuk rakyat dan komuniti perniagaan seluruhnya termasuk para pelabur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia