Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan perlu sedia inisiatif kurang kos sara hidup rakyat

-

KUCHING: Kerajaan persekutua­n perlu menyediaka­n inisiatif untuk mengurangk­an kos sara hidup rakyat dalam Belanjawan 2019.

“Jika kerajaan tidak memberi inisiatif tersebut atas alasan kerana kedudukan kewangan kerajaan yang tidak stabil pada masa ini kerana hutang negara yang tinggi, maka rakyat akan berasa kecewa kerana kerajaan baharu ini gagal membantu mereka mengurangk­an kos sara hidup yang menjadi antara penyebab utama mengapa rakyatmemi­lihkerajaa­nbaharu pada PRU14 lalu,” tegas Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman.

Mohd Yusof berkata PH perlu mengekalka­n inisiatif yang telah diadakan kerajaan sebelum ini (nama inisiatif boleh ditukar tetapi bentuk bantuan adalah sama), seperti KedaiRakya­t1Malaysia,Klinik 1Malaysia dan sebagainya.

“PH juga perlu menyediaka­n bantuan seperti Inisiatif Peduli Rakyat sebagaiman­a yang dilakukan Kerajaan Selangor, sebahagian­nya dinyatakan dalam manifesto PH. Bantuan rakyat berkaitan kos sara hidup, pengangkut­an, pendidikan, kesihatan, perumahan, bekalan air & elektrik perlu dikekalkan dan ditambah mengikut keperluan,” cadang beliau.

Ditanya tentang kemungkina­n harga barang akan melambung naik jika polisi berjimat cermat dilaksanak­an mulai tahun depan, Yusof menegaskan harga barang bergantung kepada isi kandungan Belanjawan 2019.

“Kenaikan harga barang bergantung kepada kandungan Belanjawan 2019 nanti. Jika ada perubahan dasar berkaitan subsidi atau harga barang yang dikawal oleh kerajaan, mungkin akan berlaku perubahan harga kepada barang berkenaan.

“Contohnya, jika kerajaan memutuskan bahawa harga petrol RN95 akan disemak semula pada tahun depan, iaitu tidak lagi tetap pada harga RM2.20, mungkin akan berlaku kesan rantaian kepada kos pengangkut­an. Ini mungkin akan melibatkan juga harga barangan,” tegasnya.

 ??  ?? MOHD YUSOF
MOHD YUSOF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia