Utusan Borneo (Sabah)

Kebakaran kecil di unit Hospital Miri dipercayai akibat litar pintas

-

MIRI: Kebakaran kecil yang berlaku di Unit Endoskopi Hospital Miri, di sini malam kelmarin dipercayai berpunca dari litar pintas unit pendingin hawa.

Siasatan awal punca kebakaran tersebut disahkan Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong dalam satu kenyataan media yang dikeluarka­n pada Rabu.

Menurutnya, insiden kebakaran bermula apabila penggera kebakaran di bilik kawalan berbunyi pada jam 8.27 malam setelah asap tebal berkepul keluar dari Unit Endoskopi.

“Para petugas bertindak mengikut garis panduan ditetapkan dan seterusnya memaklumka­n Medical Emergency Call Center (MECC) untuk tindakan selanjutny­a.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat telah dihubungi dan bertindak memasuki Unit Endoskopi untuk membuat pemeriksaa­n. Tiada mangsa terlibat dalam insiden ini.

“Menurut siasatan awal pihak bomba, insiden dipercayai berpunca daripada unit pendingin hawa,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Dr Jack berkata, bekalan elektrik ke seluruh bangunan terlibat diputuskan sebagai langkah keselamata­n.

“Operasi Unit Endoskopi, Unit Electroenc­ephalograp­hy (EEG), Unit Kesihatan Awam, Unit Perolehan dan Unit Aset dan Stor yang berkongsi ruang pejabat dengan Unit Endoskopi turut terjejas operasinya.

“Buat masa sekarang, Unit Endoskopi dan Unit EEG telah dipindahka­n dan beroperasi di ruang kerja sementara,” katanya.

Kenyataan itu turut menyebut pesakit-pesakit yang mempunyai temu janji akan dihubungi unit-unit berkenaan atau pesakit juga boleh menghubung­i kaunter sementara di talian sambungan 300 untuk keterangan lanjut.

Manakala perkhidmat­anperkhidm­atan lain yang terdapat di Hospital Miri beroperasi seperti biasa.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, syarikat konsesi telah diarahkan untuk menjalanka­n penilaian risiko kemudahan peralatan elektrik bagi memastikan tahap keselamata­n pesakit dan kakitangan Hospital Miri sentiasa terjaga.

“Pihak pengurusan Hospital Miri turut melahirkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat dan syarikat konsesi atas tindakan pantas dalam menangani insiden ini,” ujar Dr Jack.

 ??  ?? LITAR pintas dari unit pendingin hawa dipercayai menjadi punca kebakaran berlaku di Unit Endoskopi Hospital Miri malam Selasa.
LITAR pintas dari unit pendingin hawa dipercayai menjadi punca kebakaran berlaku di Unit Endoskopi Hospital Miri malam Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia