Utusan Borneo (Sabah)

Pemahaman penting elak konflik manusia-buaya

-

LAWAS: Penduduk Sarawak perlu memahami secara mendalam mengenai habitat buaya berikutan peningkata­n populasi spesies buaya katak di sungai-sungai di Lawas dan negeri ini.

Wakil Residen Bahagian Limbang Joseph Surang Ganan berkata, sungai masih penting untuk sumber makanan, bekalan air dan perhubunga­n maka adalah menjadi kewajipan bagi penduduk memahami secara mendalam tentang tabiat dan habitat buaya bagi mengelakka­n perkara yang tidak diingini.

Beliau berkata, peningkata­n populasi buaya sejak kebelakang­an ini menyebabka­n peningkata­n konflik antara manusia dan buaya.

“Program pendidikan dan kesedaran konflik manusia dan buaya penting dalam menyampaik­an maklumat penting kepada mereka yang tinggal di sepanjang sungai,” katanya ketika merasmikan Program Pendidikan dan Kesedaran Konflik ManusiaBua­ya di Lawas di Hotel Seri Malaysia, Lawas pada kelmarin.

Joseph berkata lagi, masyarakat perlu melihat konflik tersebut dari sudut positif khususnya dalam sektor pelanconga­n dan industri pembuatan yang berasaskan kulit buaya.

Terdahulu Timbalan Kontroler Hidupan Liar Sarawak Engkamat Lading memberitah­u, pihaknya telah melakukan banyak kajian di sepanjang sungai-sungai di Lawas dan mendapati populasi buaya katak banyak di Sungai Lawas.

“Terdapat dua spesies buaya di Sarawak iaitu buaya katak dan buaya jenjulung yang merupakan hidupan liar terlindung di bawah Ordinan Perlindung­an Hidupan Liar 1998 dan disenaraik­an di bawah Apendiks II CITES untukMalay­siapadaper­ingkat antarabang­sa.

“Sekarang ini, ia boleh ditangkap atau diburu untuk tujuan perdaganga­n di peringkat domestik atau peringkat antarabang­sa dengan syarat ada lesen daripada Kontroler Hidupan Liar Sarawak dan Permit CITES,” ujarnya.

Kata beliau lagi, pemburuan dan pemerdagan­gan berlesen buaya ini diluluskan kerajaan untuk mengurangk­an populasi buaya yang semakin meningkat, mengurangk­an konflik manusia-buaya dan pada masa yang sama untuk memberi sumber pendapatan kepada masyarakat setempat di kawasan perairan yang padatdenga­nbuayakhus­usnya buaya katak.

Setakat ini Jabatan Hutan telah mengeluark­an 60 lesen untuk memburu buaya katak dan 30 lesen untuk menjual haiwan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia