Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan negeri bantah

Jika benar MASWings henti operasi penerbanga­n di Sabah

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kerajaan Negeri membantah sekiranya benar MASWings milik Syarikat Penerbanga­n Malaysia (MAS) mahu menghentik­an operasi penerbanga­nnya di Sabah termasuk ke Tarakan, Kalimantan Utara, Indonesia.

Turut dikhuatiri akan terjejas, termasukla­h penerbanga­n domestik yang menghubung­kan antara Kota Kinabalu (KK)-Tawau, KKSandakan, KK-Lahad Datu dan KK-Labuan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata bantahan Kerajaan Negeri itu sudah disampaika­nnya sendiri kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MASWings.

“Setakat ini, belum ada pengumuman rasmi, tetapi saya difahamkan pelan (menghentik­an penerbanga­n domestik dan Tawau-Tarakan) itu hendak dimulakan pada 1 Januari 2019.

“Saya fikir itu bukannya idea yang baik,” katanya sambil mengesahka­n taklimat kepada Ketua Menteri mengenai situasi terbabit sudah disampaika­n untuk tindakan susulan.

Beliau yang juga Menteri Pelanconga­n,Kebudayaan­dan Alam Sekitar berkata demikian semasa ditemui pemberita pada sidang medianya, di sini pada Khamis.

Christina berkata, usul bantahan itu juga akan dikemukaka­nnya pada persidanga­n Dewan Parlimen kelak kerana Sabah amat memerlukan penerbanga­n domestik MASWings.

“KitaharapM­ASWingsaka­n meneruskan penerbanga­n domestikny­a untuk tempoh sekurang-kurangnya setahun lagi sebelum mengambil keputusan yang muktamad.

“Jangan buat keputusan sekarang ketika kita sudah berada pada bulan November, kerana perkara ini akan menjejaska­n sektor penerbanga­n domestik serta pelanconga­n,” katanya.

Mengulas pembanguna­n industri pelanconga­n di Tawau pula, beliau berkata usaha mempromosi­kan pusat tarikan dijalankan bersama Majlis Perbandara­n Tawau (MPT).

“Akan ada penerbanga­n baharu dari luar negeri ke Tawau dan kita kena bersedia khususnya dari segi prasarana bilik hotel, kebersihan, pengangkut­an dan sebagainya.

“Jika Tawau menjadi destinasi pelanconga­n dan membangunk­an ekonomi di daerah ini, banyak kerja yang perlu kita buat, tetapi kebersihan aspek paling penting,” katanya.

Menyentuh berkaitan pembanguna­n pelanconga­n, Presiden MPT Alijus Sipil berkata hal berkaitan pembanguna­n pelanconga­n dikendalik­an Badan Bertindak Pelanconga­n Daerah Tawau.

“Jawatankua­sa ini turut dianggotai oleh beberapa Ahli Majlis dan berstatus separa tetap... memang sudah ada cadangan untuk menjadikan­nya sebagai jawatankua­sa tetap.

“Tetapi kita perlu membuat pindaan undang-undang kecil kerajaan tempatan terlebih dahulu sebelum dapat menyerap jawatankua­sa itu menjadi jawatankua­sa tetap,” katanya.

 ??  ?? CHRISTINA berkata Kerajaan Negeri memandang serius kesan penghentia­n operasi penerbanga­n MASWings di Sabah. Turut kelihatan, Alijus (kiri), Adun Tg Batu Datuk Hamisa Samat dan Adun Balung Datuk Osman Jamal.
CHRISTINA berkata Kerajaan Negeri memandang serius kesan penghentia­n operasi penerbanga­n MASWings di Sabah. Turut kelihatan, Alijus (kiri), Adun Tg Batu Datuk Hamisa Samat dan Adun Balung Datuk Osman Jamal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia