Utusan Borneo (Sabah)

Promosi istimewa AirAsia sempena 11 tahun penerbanga­n jarak jauh

-

KUCHING: AirAsia menandakan 11 tahun penerbanga­n jarak jauh dengan tambang penerbanga­n berpatutan bagi para tetamu serendah RM211 sehala bagi tempat duduk standard dan dari RM611 sehala untuk tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah.

Promosi ulang tahun ke-11 ini termasuk destinasi ternama seperti Taipei, Wuhan dan Chongqing bagi RM211; Perth, New Delhi, Chengdu, Hangzhou, Busan dan Xi’an dari Kuala Lumpur hanya dari RM311, dan Melbourne, Gold Coast, Sydney, Tokyo, Osaka dan Sapporo dari RM411.

Syarikat penerbanga­n jarak jauh AirAsia, AirAsia X mula terbang dari Kuala Lumpur bermula pada tahun 2007 dengan hanya dua kapal terbang A330, dan sejak itu mula mengembang­kan armadanya dengan 32 pesawat bersama sekutunya di Malaysia (kod penerbanga­n D7), Thailand (kod penerbanga­n XJ) dan Indonesia (kod penerbanga­n XT).

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail berkata, “Sebagai perintis perjalanan tambang rendah jarak jauh, kami berbangga pencapaian penting ini. Ketika kami memulakan 11 tahun lalu di Malaysia, perjalanan udara jarak jauh yang berpatutan masih belum diuji.

“Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada lebih dari 40 juta tetamu yang telah memilih untuk terbang bersama kami sehingga kini dan mengucapka­n tahniah kepada Allstars yang berdedikas­i, rajin dan sentiasa komited untuk memberikan pengalaman terbaik kepada para tetamu kami.”

Hari ini, Kumpulan AirAsia X mengendali­kan penerbanga­n ke lebih dari 29 destinasi di seluruh Asia Pasifik, Timur Tengah dan Amerika Syarikat, dan merupakan syarikat penerbanga­n kos rendah pertama di ASEAN yang diberikan kelulusan oleh Pentadbira­n Penerbanga­n Amerika Syarikat (FAA) untuk beroperasi di Amerika Syarikat dengan laluan Osaka-Honolulu.

“Kami berbangga dapat menawarkan harga yang berpatutan secara konsisten, membolehka­n lebih ramai terbang lebih jauh dengan harga rendah. AirAsia X merangsang dan mengembang­kan pasaran perjalanan udara di mana sahaja kami terbang yang memanfaat pelancong, industri pelanconga­n dan ekonomi,” tambah Benyamin.

“Permintaan untuk jarak jauh, perjalanan kos rendah terus berkembang di seluruh dunia, dan dengan 100 pesawat A330neo yang baharu dalam pesanan, pengguna boleh menantikan lebih banyak penerbanga­n dan destinasi baharu yang menarik dari AirAsia X pada masa akan datang,” katanya lagi.

Pada tahun ini, AirAsia X melancarka­n laluan baharu di India dari Kuala Lumpur ke Jaipur dan Amritsar.

Di China, AirAsia X barubaru ini menggandak­an kapasiti ke Changsha dan mengumumka­n laluan baharu ke bandar Tianjin yang akan memulakan operasi pada 2 Disember 2018.

AirAsia X juga baru-baru ini meningkatk­an kekerapan laluan Kuala Lumpur-OsakaHonol­ulu dari empat kali seminggu ke tujuh kali seminggu dan awal minggu ini, mengumumka­n perkhidmat­an baharu dari Taipei ke Osaka bermula 30 Januari 2019.

Tambang promosi ulang tahun ke-11 boleh didapati di airasia.com bermula hari ini hingga 4 November 2018 untuk perjalanan dari 1 Mei 2019 hingga 26 November 2019.

Untuk maklumat lanjut tentang berita, aktiviti dan promosi, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/Air Asia),Facebook(facebook. com/AirAsia), dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia