Utusan Borneo (Sabah)

‘HOMElove, Home and Living Expo’ di BCCK hingga 4 November

-

KUCHING: Pameran perabot dan peralatan rumah iaitu ‘HOMElove, Home and Living Expo’ kini kembali lagi untuk kali keempat pada tahun ini yang sedang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

Pelbagai pilihan perabot,barangan elektrik daripada pelbagai jenama terkemuka serta perkhdmata­n pengubahsu­aian boleh didapati pada pameran ini yang dibuka untuk orang awam mulai semalam hingga 4 November dari jam 10 pagi hingga 9 malam.

Menurut Pengurus Kanan Jualan dan Pemasaran Acara Empire Asia Events Marketing Sdn.Bhd, Stephanie Cheah, pelbagai aktiviti dan tawaran hebat disediakan untuk para pengunjung pada setiap hari pameran ini diadakan.

“Antaranya, pengunjung digalakkan untuk mendaftar di kaunter pendaftara­n yang disediakan bagi melayakkan mereka menerima set ‘recyclable cultery’ selain berpeluang untuk memenangi kerus urut ‘Zero U Cooper EX’ bernilai RM6,988 dalam cabutan bertuah.

“Di samping cabutan bertuah, pelanggan yang berbelanja minimum RM1,000 juga layak mendapat penebusan hadiah. Mereka boleh memilih barangan yang terdiri daripada produk isi rumah, barangan elektrik sehingga ke beg percutian (travel luggages),” katanya pada sidang media di BCCK di sini, semalam.

Selepas memilih hadiah mereka, katanya, pelanggan juga berpeluang untuk mendapatka­n baucar tunai sehingga RM100,000.

“Nilai baucar tunai yang disediakan ini adalah daripada RM30 sehingga lebih daripada RM500,” katanya.

Turut diadakan pada pameran ini, kata Stephanie ialah program ‘Best Rewards’ di mana setiap hari, pelanggan akan dapat memenangi hadiah terpilih selepas nama mereka dipanggil melalui PA System

KAUNTER pendaftara­n HOMElove dan kaunter penebusan kini dibuka.

di BCCK.

Bagaimanap­un, katanya, pelanggan yang tidak berada di BCCK, boleh mendengar pengumuman itu di Facebook secara siaran langsung bermula jam 6 petang.

“Mereka (para pememang juga perlu menjawab panggilan kami dalam tempoh 25 saat atau secara peribadi hadir di kawasan cabutan bertuah. Hadiah akan ditarik balik jika pemenang gagal memberi respons kepada pihak penganjur dalam tempoh yang ditetapkan.” katanya.

Dalam pada itu, Stephanie berkata, pertanding­an mewarna kanak-kanak yang melibatkan tiga kategori umur juga akan diadakan pada 3 November ini mulai jam 2 petang hingga 4 petang.

“Tiga kategori umur itu ialah empat hingga enam, tujuh hingga sembilan dan 10 hingga 12 tahun,” katanya sambil menambah pensel warna dan semua alat tulis yang berkaitan akan disediakan oleh pihak penganjur.

Selain itu, katanya, aktiviti amal iaitu program derma darah juga akan diadakan pada 3 dan 4 November ini dari jam 10 pagi hingga 3 petang.

“Kami menjangkak­an kirakira seramai 50,000 pengunjung akan berkunjung ke ekspo ini dalam tempoh empat hari ia berlangusn­g. Setakat ini, Kuching menunjukka­n sambutan yang baik terhadap ekspo kami ini sejak diadakan pada tahun 2015,” katanya.

 ??  ?? ORANG ramai dipelawa untuk mengunjung­i HOMElove, Home and Living Expo yang kini diadakan di BCCK mulai 1 hingga 4 November ini.
ORANG ramai dipelawa untuk mengunjung­i HOMElove, Home and Living Expo yang kini diadakan di BCCK mulai 1 hingga 4 November ini.
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA set meja makan dari pelbagai jenama terkemuka dan berkualiti tinggi juga boleh didapati di HOMElove, Home and Living Expo di BCCK mulai 1 hingga 4 November ini.
ANTARA set meja makan dari pelbagai jenama terkemuka dan berkualiti tinggi juga boleh didapati di HOMElove, Home and Living Expo di BCCK mulai 1 hingga 4 November ini.
 ??  ?? ANTARA barangan elektrik yang boleh didapati di HOMElove, Home and Living Expo di BCCK.
ANTARA barangan elektrik yang boleh didapati di HOMElove, Home and Living Expo di BCCK.
 ??  ?? PELBAGAI pilihan perabot termasuk set biik tidur untuk pilihan pelanggan.
PELBAGAI pilihan perabot termasuk set biik tidur untuk pilihan pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia