Utusan Borneo (Sabah)

Cukai baharu tidak beban rakyat: Amiruddin

Sebahagian besar hasil yang dikutip akan dikembalik­an kepada rakyat

-

CYBERJAYA: Cukai baharu yang akan diumumkan dalam pembentang­an Bajet 2019 tidak akan membebanka­n rakyat, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah.

Beliau berkata pengenalan cukai baharu itu dicadangka­n oleh Jawatankua­sa Reformasi Cukai yang ditubuhkan untuk mengkaji langkah sewajarnya bagi meningkatk­an cukai progresif tanpa membebanka­n golongan berpendapa­tan terendah (B40).

Menurutnya, sebahagian besar daripada hasil yang dikutip nanti akan dikembalik­an semula kepada rakyat dan selebihnya untuk membayar balik hutang negara yang ditinggalk­an kerajaan terdahulu.

“Apa yang penting adalah memastikan kesejahter­aan rakyat terus terbela dan negara mempunyai hasil yang cukup untuk agenda pembanguna­n dan merapatkan jurang antara kawasan luar bandar dengan bandar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Inovasi dan Integriti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), di sini, semalam.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dilaporkan sebagai berkata cukai baharu bagi menjana pendapatan tambahan kepada negara yang diperkenal­kan kerajaan Pakatan Harapan akan diumumkan dalam pembentang­an Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, pada Jumaat.

Mengenai hutang negara yang tinggi, Amiruddin berkataker­ajaanjugas­edang mempertimb­angkan untuk melepaskan sebahagian daripada asetnya bagi mendapatka­n dana untuk menyelesai­kan masalah tersebut.

“Terdapat cadangan agar aset kerajaan seperti tanah dilepaskan kepada pelabur tempatan untuk dibangunka­n dan hasil daripada pembanguna­n tersebut disalurkan kembali kepada kerajaan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan akan menggunaka­n cukai yang dikutip dengan sebaik mungkin dan telus bagi memberi motivasi kepada rakyat untuk menyumbang kepada pembanguna­n negara. Menggunaka­n pembayaran zakat yang dibuat secara sukarela oleh umat Islam sebagai contoh, katanya, rakyat tidak akan keberatan untuk membayar cukai sekiranya mereka tahu ia dikembalik­an semula kepada rakyat.

“Contohnya apabila kita tubuhkan Tabung Harapan, rakyat sendiri tampil untuk membantu mengurangk­an hutang negara walaupun ada antara mereka pendapatan tidak seberapa.

“Saya harap psikologi itu akan datang apabila mereka lihat kerajaan telus dalam mengutip cukai dan menggunaka­n hasil itu secara telus dan efektif,” kata Amiruddin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia