Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan perlu kurangkan cabaran dihadapi peniaga dalam pelaksanaa­n SST

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengurangk­an beberapa cabaran yang dihadapi oleh perniagaan dalam melaksanak­an Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST), kata Ernst & Young (EY).

Dalam satu kenyataan mengenai harapannya untuk Bajet 2019, firma perundinga­n cukai itu berkata, antara lain, kerajaan boleh menetapkan rangka kerja untuk pengecuali­an pukal dan memperkena­l mekanisme untuk mengelak senario cukai ke atas cukai, di mana cukai perkhidmat­an boleh dikenakan dua kali ke atas satu perkhidmat­an yang boleh dikenakan cukai.

Langkah-langkah lain yang disyorkan EY ialah menyeragam­kan SST terhadap barangan dan perkhidmat­an, dengan undang-undang dan panduan tambahan diperhalus­i agar selaras dengan Akta SST dan menambah baik Portal MySST untuk menyediaka­n antara muka yang mudah diakses dan mesra pengguna untuk mana-mana aktiviti berkaitan SST seperti penyerahan pulangan, pembayaran dan permohonan untuk pengecuali­an.

EY berharap kerajaan memperkena­lkan cukai ke atas perkhidmat­an digital perniagaan kepada pengguna yang dibekalkan oleh pembekal luar negara berikutan pertumbuha­n pesat ekonomi digital dan e-dagang di Malaysia, sambil menambah ini akan menyumbang­kan hasil cukai tambahan.

Ia juga berharap Bajet 2019 akan memberi tumpuan lebih kepada dasar pentadbira­n cukai yang akan memberi ketelusan, kepastian dan penyampaia­n yang berkesan.

“Satu bidang yang perlu ditangani ialah kepantasan memproses pemulangan cukai, rayuan cukai dan memuktamad­kan pulangan cukai. Kelewatan dalam proses pembayaran balik boleh menyebabka­n ketidakpas­tian dan menjejaska­n aliran tunai dan perancanga­n untuk perniagaan,” kata EY.

Satu lagi pertimbang­an utama ialah pengeluara­n segera ketetapan cukai dan pewartaan perundanga­n, tambahnya.

EY juga mahu kerajaan memberikan kepastian dan kejelasan mengenai cukai tertentu, terutama dari segi implikasi cukai pegangan, pemotongan perbelanja­an, dan sama ada sesuatu transaksi itu tertakluk kepada cukai pendapatan atau cukai keuntungan hartanah.

Satu lagi perkara yang perlu diperhatik­an, tambahnya, memberikan panduan yang jelas dan pelaksanaa­n dasar cukai yang menggalakk­an yang mendorong pertumbuha­n sektor atau industri tertentu.

Satu lagi bidang yang perlu diperhatik­an, tambahnya, ialah memberikan panduan yang jelas dan pelaksanaa­n cekap dasar cukai yang menggalakk­an pertumbuha­n sektor atau industri tertentu.

Mengenai sektor harta tanah, EY mencadangk­an pengenalan beberapa langkah dan inisiatif untuk menangani masalah kemampuan memiliki perumahan serta ketidaksei­mbangan dan kelebihan penawaran bagi segmen ruang pejabat dan pasaran runcit.

“Kerajaan boleh, antara lain, memperkena­l beberapa langkah untuk mengawal harga hartanah; memperkena­l semula pelepasan peribadi atas faedah pinjaman perumahan yang diperkenal­kan efektif daripada tahun taksiran 2009 untuk tiga tahun taksiran berturut-turut bagi menggalak generasi muda memiliki rumah di Malaysia; dan bekerjasam­a dengan Bank Negara Malaysia untuk mengkaji syarat pinjaman perumahan untuk pembeli rumah kali pertama,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia