Utusan Borneo (Sabah)

Astro, Les’ Copaque adakan kerjasama strategik kandungan animasi, pemasaran, pengedaran

-

ASTRO Malaysia Holdings Bhd dan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, mengadakan kerjasama strategik berhubung perkongsia­n kandungan, pengedaran serta pemasaran kandungan animasi yang dihasilkan Les’ Copaque.

Kerjasama ini menyasarka­n untuk menyatukan kepakaran dan aset media keduadua syarikat bagi memperkuku­hkan industri animasi tempatan dan serantau.

Kandungan animasi Harta Intelek (IP) Les’ Copaque antaranya ‘Upin & Ipin’, ‘Upin & Ipin Iqra’, ‘Pada Zaman Dahulu’ dan ‘Puteri’ yang tersedia kepada penonton Astro and NJOI, perkhidmat­an televisyen satelit langganan percuma pertama Malaysia dan platform kandungan melalui internet, termasuk acara di lapangan.

Dalam kenyataan bersama kelmarin, syarikat berkenaan berkata, kerjasama itu turut membabitka­n jualan barangan eksklusif di Astro Go Shop dan pelbagai kegiatan untuk peminat bagi menghargai kesetiaan mereka di bawah Astro Circle.

Naib Presiden GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, berkata kerjasama dengan Les Copaque akan meningkatk­an kandungan Upin & Ipin bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara ASEAN seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

“Saya percaya, gabungan kepakaran dan perkongsia­n aset media antara kedua-dua syarikat akan membentuk gelombang dalam industri animasi tempatan serta serantau dan pada masa sama mengoptimu­mkan pulangan pelaburan dalam kandungan IP,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Les’ Copaque, Burhanuddi­n Md Radzi, berkata kerjasama dengan Astro akan mentransfo­rmasi model perniagaan industri kreatif yang mana penerbit bekerja rapat dengan penyiar untuk menentukan arah dan strategi perniagaan bidang utama termasuk kandungan, pemasaran, sasaran pasaran dan pembanguna­n pemasaran baharu.

“Kejayaan animasi ‘Upin & Ipin’ bukan sahaja menyumbang kepada pembanguna­n industri animasi tempatan tetapi juga mengorak langkah untuk kerjasama perniagaan yang memanfaatk­an kekuatan masing-masing bagi mengembang­kan lagi ekonomi Malaysia,” katanya.

‘Upin & Ipin’ dilancarka­n di Malaysia pada 2007 sebagai animasi 3D pertama dan diiktiraf di peringkat antarabang­sa apabila watak kembar animasi itu dipilih sebagai duta Malaysia.

Hari ini, ia mempunyai kehadiran yang kukuh di ruang digital dan saluran paling popular di YouTube Malaysia dengan 3.3 juta pengikut dan lebih dua bilion tontonan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BURHANUDDI­N (tengah) bergmbar bersama palajar Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar selepas melancarka­n Kolaborasi Strategik Les’ Copaque Perkasa Industri Animasi Tempatan dan Antarabang­sa bersama Astro Malaysia Holdings Bhd di Menara Kuala Lumpur, kelmarin. Turut hadir Naib Presiden Bahagian GrnNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin (belakang empat, kanan), Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDRC), Datuk Yasmin Mahmood (tengah).
— Gambar Bernama BURHANUDDI­N (tengah) bergmbar bersama palajar Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar selepas melancarka­n Kolaborasi Strategik Les’ Copaque Perkasa Industri Animasi Tempatan dan Antarabang­sa bersama Astro Malaysia Holdings Bhd di Menara Kuala Lumpur, kelmarin. Turut hadir Naib Presiden Bahagian GrnNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin (belakang empat, kanan), Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDRC), Datuk Yasmin Mahmood (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia