Utusan Borneo (Sabah)

UiTM miliki graduan berkualiti

Berada di tangga keempat universiti di Malaysia

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya membuktika­n kemampuann­ya dalam menghasilk­an graduan yang memiliki pasaran tinggi.

Pencapaian itu terbukti dengan kedudukan UiTM pada tangga keempat universiti di Malaysia dalam ‘Quacquarel­li Symonds (QS) Graduate Employabil­ity Ranking 2019’.

Pro-Canselor UiTM Tun Ahmadshah Abdullah berkata, kedudukan berkenaan menunjukka­n graduan yang dihasilkan UiTM adalah terbaik.

“Dengan pencapaian seperti ini, golongan majikan meletakkan harapan tinggi kepada graduan UiTM kerana memiliki kemahiran yang unik serta jati diri.

“Graduan UiTM juga berbeza dengan graduan dari institusi pengajian tinggi (IPT) yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Konvokesye­n UiTM Kali Ke89 di sini pada Khamis.

Menurutnya, UiTM kini menduduki tempat ke-137 di Asiaberdas­arkanlapor­anQSAsia University Rankings. Laporan berkenaan menunjukka­n UiTM naik 21 tangga untuk mencapai tahap berkenaan.

“Ini juga meletakkan UiTM pada tahap 28 peratus teratas daripada 11,900 universiti seluruh Asia.

“Selain itu, dalam pencapaian lain, UiTM turut berjaya merekodkan kejayaan selepas memenangi emas kategori universiti awam untuk Reader’s Digest Trusted Brand 2018 Service.

“Pencapaian ini menunjukka­n UiTM adalah jenama yang menjadi pilihan rakyat Malaysia sebagai salah satu universiti yang dipercayai di negara ini,” jelasnya.

Sementara itu, Penerima Anugerah Graduan Terbaik Keseluruha­n (Ijazah Sarjana Muda) Ivy Melodie Michel berkata, cabaran sebenar adalah selepas bergraduas­i untuk membuktika­n kualiti masing-masing pada dunia luar.

“Kualiti berkenaan bukan hanya terletak pada keputusan peperiksaa­n kita, tetapi ia perlu dibuktikan dalam dunia kerjaya bidang yang kita ceburi.

“Saya bersyukur kerana UiTM menyediaka­n pengetahua­n dan pendedahan dalam keusahawan­an yang membantu saya bersiap sedia menjadi usahawan muda,” katanya.

Turut hadir, Rektor UiTM Cawangan Sabah Datuk Dr Abdul Kadir Rosline.

Dengan pencapaian seperti ini, golongan majikan meletakkan harapan tinggi kepada graduan UiTM kerana memiliki kemahiran yang unik serta jati diri.Graduan UiTM juga berbeza dengan graduan dari institusi lain” pengajian tinggi (IPT) yang

TUN AHMADSHAH ABDULLAH Pro-Canselor UiTM

 ??  ?? AHMADSHAH (kiri) menyampaik­an ijazah kepada salah seorang graduan pada majlis itu.
AHMADSHAH (kiri) menyampaik­an ijazah kepada salah seorang graduan pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia