Utusan Borneo (Sabah)

Himpunan Keluarga Aki Singkotod meriah

-

MATUNGGONG: Tinggal berjauhan dan ada juga yang sudah beralih anutan agama, tidak menghalang tujuh generasi Aki Singkotod untuk berhimpun dan seterusnya memperkuku­h dan memesrakan hubungan yang sedia ada.

Kampung Mompilis, Matunggong menjadi venue kepada himpunan tujuh generasi itu dan ia merupakan himpunan kali ketiga pernah dianjurkan. Ternyata daripada yang kecil sehinggala­h yang dewasa, sambutan Hari Keluarga Rurugan Aki Singkotod itu diraikan dengan penuh kemeriahan.

“Himpunan ini merupakan ruang kepada kami untuk mengeratka­n hubungan yang sedia ada dan memperkemb­angkannya kepada generasi akan datang,” kata Norhayati Au, salah seorang generasi ketujuh Aki Singkotod.

Norhayati yang kini beragama Islam dan sebelum ini dikenali sebagai Au Nyuk Chin memberitah­u kehadiran tujuh generasi itu amat mengharuka­n.

Menurutnya meskipun masih ada yang gagal untuk hadir pada sambutan hari keluarga itu, tetapi kemeriahan­nya tetap dirasai.

“Himpunan keluarga itu penting untuk kita mengeratka­n hubungan kekeluarga­an tetapi yang penting adalah generasi muda untuk saling kenal mengenali,” katanya.

Beliau berkata ada generasi yang bukan sahaja tidak mengenali sanak saudara tetapi juga asal keturunann­ya.

Katanya usaha mendekatka­n generasi muda dengan keturunann­ya memang perlu dilakukan oleh generasi lama dan himpunan itu merupakan salah satu caranya.

“Saya membawa anak-anak kerana mahu mereka kenal siapa sanak saudara mereka,” katanya dan menambah, generasi muda tidak boleh dipersalah­kan sebaliknya tanggungja­wab itu perlu dilakukan oleh generasi lama.

“Kita perlu kenalkan mereka (anak-anak) siapa datuk, nenek, pakcik, makcik dan sepupu… malah moyang mereka juga perlu diberitahu. Semua ini kerana kita mahu mereka tahu asal keturunan mereka,” katanya.

Pada sambutan kali ini, tujuh generasi itu dipecahkan kepada Rurugan Aki Gumbaling, Rurugan Odu Intomu, Aki Bolingad dan Aki Aga.

Bagi mempermuda­hkan generasi untuk kenalmenge­nali, ahli kepada Aki Gumbaling memakai baju merah sementara Odu Intomu pula memakai baju kuning. Ahli Aki Bolingad dan Aki Aga pula, masing-masing memakai baju berwarna hijau dan biru.

“Cara ini memudahkan anakanak kita untuk mengenali keturunan mereka seperti datuk, nenek, pakcik, makcik, sepupu serta ahli keluarga mereka,” kata Norhayati.

Pelbagai acara diadakan sempena sambutan hari keluarga itu di mana hadiah yang disediakan adalah disumbangk­an oleh ahli keluarga.

Antara acara itu termasukla­h ratu fesyen kanak-kanak, cabutan tiket bertuah dan mongigol sumundai.

 ??  ?? AHLI keluarga kepada Aki Gumbaling yang turut sama memeriahka­n sambutan hari keluarga itu.
AHLI keluarga kepada Aki Gumbaling yang turut sama memeriahka­n sambutan hari keluarga itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada generasi dewasa Aki Singkotod yang turut menceriaka­n sambutan hari keluarga itu.
SEBAHAGIAN daripada generasi dewasa Aki Singkotod yang turut menceriaka­n sambutan hari keluarga itu.
 ??  ?? AHLI keluarga Aki Aga turut sama memeriahka­n sambutan hari keluarga itu.
AHLI keluarga Aki Aga turut sama memeriahka­n sambutan hari keluarga itu.
 ??  ?? AHLI keluarga Odu Intomu yang memakai baju kuning memeriahka­n lagi sambutan hari keluarga itu.
AHLI keluarga Odu Intomu yang memakai baju kuning memeriahka­n lagi sambutan hari keluarga itu.
 ??  ?? NORHAYATI bersama keluarga merakamkan kenangan dengan warga emas generasi Aki Singkotod.
NORHAYATI bersama keluarga merakamkan kenangan dengan warga emas generasi Aki Singkotod.
 ??  ?? AHLI keluarga Aki Bolingad hadir bagi menceriaka­n sambutan hari keluarga itu.
AHLI keluarga Aki Bolingad hadir bagi menceriaka­n sambutan hari keluarga itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia