Utusan Borneo (Sabah)

Joyce pamer kegagahan di Hong Kong

Percubaan kedua peringkat antarabang­sa bawa kejayaan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Percubaan kedua atlet wanita terkuat Sabah Joyce Heng, 32, untuk menyertai pertanding­an peringkat antarabang­sa akhirnya membuahkan hasil selepas berjaya merangkul kejuaraan.

Beliau meraih kejayaan sulung peringkat antarabang­sa itu sempena pertanding­an ‘Static Monsters World Championsh­ips’ anjuran Ursus Fitness di Hong Kong pada 28 Oktober lepas.

Joyce secara keseluruha­nnya memperoleh­i markah tertinggi menewaskan enam peserta wanita lain termasukla­h dari Filipina, Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Hong Kong.

Beliau berkata, kemenangan itu menambahka­n lagi semangatny­a untuk tampil berani bersaing di peringkat antarabang­sa pada masa akan datang.

Katanya, pertanding­an itu diadakan secara serentak melibatkan 15 buah negara seluruh dunia pada 27 dan 28 Oktober 2018.

“Markah terkumpul bagi setiap peserta akan dinilai dari segi jumlah tertinggi untuk melayakkan peserta 10 teratas menyertai pertanding­an ‘Worlds Static Monster’.

“Ia dijangka dianjurkan pada Mei 2019 di Gold Coast Australia. Buat masa ini, saya berada pada kedudukan keempat tertinggi peringkat dunia bagi kategori ‘Best Log’.

“Keputusan akhir untuk senarai peserta yang layak dijangka diumumkan pada pertengaha­n bulan ini,” katanya kepada Utusan Borneo di sini pada Khamis.

Sehubungan itu, Joyce berharap pencapaian­nya di Hong Kong dapat melayakkan­nya untuk bertanding sempena kejuaraan dunia di Gold Coast nanti.

Menurutnya, pada pertanding­an itu, jumlah markah yang berjaya dikumpulka­nnya hingga dinobatkan sebagai johan adalah sebanyak 305.

Beliau akui tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk layak dalam senarai 10 teratas.

Namun, dirinya masih menyimpan hasrat agar dapat menempatka­n diri sebaris dengan peserta hebat dari negara lain apatah lagi pada peringkat kejuaraan dunia.

Pada masa sama, Joyce mahu menjadikan pertanding­an itu sebagai matlamat dalam meningkatk­an lagi prestasi serta keupayaan untuk menjadi atlet wanita terkuat yang cemerlang.

Bukan sekadar untuk membawa nama negeri Sabah, malah menjadi atlet yang mampu mengharumk­an nama Malaysia di peringkat antarabang­sa.

 ??  ??
 ??  ?? PARA peserta yang menyertai pertanding­an Static Monsters World Championsh­ips di Hong Kong.
PARA peserta yang menyertai pertanding­an Static Monsters World Championsh­ips di Hong Kong.
 ??  ?? KEKUATAN Joyce mengangkat bebanan seberat 85 kilogram dalam kategori Log Press mengagumka­n para penonton.
KEKUATAN Joyce mengangkat bebanan seberat 85 kilogram dalam kategori Log Press mengagumka­n para penonton.
 ??  ?? PENGANJUR turut berkongsi kegembiraa­n selepas Joyce dinobatkan sebagai juara.
PENGANJUR turut berkongsi kegembiraa­n selepas Joyce dinobatkan sebagai juara.
 ??  ?? JOYCE berbangga dapat mengharumk­an nama Malaysia di peringkat antarabang­sa.
JOYCE berbangga dapat mengharumk­an nama Malaysia di peringkat antarabang­sa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia