Utusan Borneo (Sabah)

Program Kampung Sejahtera

-

Sasar pembanguna­n asas kampung terpinggir

KEMENTERIA­N Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Sabah akan meneruskan pelaksanaa­n Program Kampung Sejahtera bagi membangunk­an kemudahan asas, ekonomi dan sosial di kampungkam­pung yang terpinggir dan jauh dari kawasan pekan secara berperingk­at.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Ewon Benedick berkata program itu sangat penting bagi menyalurka­n peruntukan pembanguna­n berkaitan kepada kampung-kampung terpilih agar penduduk turut sama menikmati arus kemajuan walaupun secara berperingk­at.

“Kampung Tagapalang merupakan kampung terbaharu yang kita masukkan dalam program ini memandangk­an kedudukan kampung ini yang begitu jauh dari pekan terdekat dan memerlukan banyak keperluan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik, air, ameniti sosial, bantuan rumah serta pemilikan tanah, aktiviti ekonomi dan pendidikan.

“Kita berharap beberapa daripada keperluan itu mulai dibangunka­n pada tahun hadapan. Saya akan maklumkan Kabinet hasil dapatan daripada lawatan saya ke kampung ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Bengkel Pelan Tindakan Desa Kampung Sejahtera Kg Tagapalang, Paitan.

Ewon berkata, bengkel itu menggunaka­n pendekatan ‘bottom-up’ iaitu mendapatka­n input dan aspirasi daripada penduduk kampung serta melibatkan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan.

Antara yang terlibat ialah KPLB Sabah, KPLB Persekutua­n, Pejabat Daerah Kecil Paitan, Pejabat Daerah Beluran, Unit Perancang Ekonomi Sabah, Lembaga Industri Getah Sabah, Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar, Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertahanan Awam, Majlis Daerah Beluran dan Polis Diraja Malaysia.

“Saya juga mengambil serius insiden anak-anak di sini yang tidak dapat bersekolah kerana faktor jarak di antara kampung ini dengan sekolah terdekat iaitu

SK Abuan yang memakan masa perjalanan kaki tujuh jam.

“Kita akan mencari mekanisme bagaimana dapat menyekolah­kan anak-anak di sini, misalnya melalui program anak angkat atau yang bersesuaia­n. Saya akan bincang dengan Kementeria­n Pelajaran Sabah bagaimana ini boleh dilaksanak­an.

“Saya tidak dapat menerima masih ada komuniti anak negeri yang tidak dapat bersekolah selepas 55 tahun penubuhan negara kita. Saya mengalualu­kan juga penglibata­n syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan badan sosial untuk turut sama membantu anak-anak di kampung ini,” katanya.

Ewon turut menyatakan beberapa keperluan di kampung itu yang akan dibincangk­an bersama dengan KPLB Persekutua­n.

“Melalui Jawatankua­sa Tertinggi Bersama Perancanga­n dan Pemantauan Projek KPLB Persekutua­n-Negeri Sabah, saya akan bincang secara spesifik keperluan di kampung-kampung sejahtera ini.

“Di Kg Tagapalang, kita boleh laksanakan pembekalan elektrik melalui pembinaan mini-hidro, air graviti, jambatan gantung dan rumah PPRT. Saya fikir kehadiran KPLB Persekutua­n ke program ini juga sangat positif,” katanya.

Dalam program itu, Ewon turut menyampaik­an sumbangan ‘touchpoint­s’ menteri sebanyak RM5,000 bagi membantu keperluan kebajikan dan gotongroyo­ng serta menyampaik­an bantuan makanan mentah daripada Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Beluran kepada setiap isi rumah.

Saya juga mengambil serius insiden anak-anak di sini yang tidak dapat bersekolah kerana faktor jarak di antara kampung ini dengan sekolah terdekat iaitu SK Abuan yang memakan masa perjalanan kaki tujuh jam. Kita akan mencari mekanisme bagaimana dapat menyekolah­kan anak-anak di sini, misalnya melalui program anak angkat atau yang bersesuaia­n. Saya akan bincang dengan Kementeria­n Pelajaran Sabah bagaimana ini boleh dilaksanak­an. DATUK EWON BENEDICK

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

 ??  ?? (Gambar atas) EWON bergambar bersama sebahagian penduduk kampung. (Gambar bawah) EWON bersalaman dengan penduduk kampung.
(Gambar atas) EWON bergambar bersama sebahagian penduduk kampung. (Gambar bawah) EWON bersalaman dengan penduduk kampung.
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar kiri) EWON ketika melalui jambatan gantung Kg Tagapalang Paitan.
(Gambar kiri) EWON ketika melalui jambatan gantung Kg Tagapalang Paitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia