Utusan Borneo (Sabah)

Dua rumah, empat kenderaan musnah terbakar

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA MARUDU:

Dua rumah serta empat kenderaan musnah dalam kebakaran di Jalan Damai Kampung Longob di sini awal pagi Sabtu.

Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Kamarudin Sabanah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 1.04 pagi.

Tambahnya seramai empat anggota dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu digerakkan ke lokasi sejauh 14 kilometer bagi melaksanak­an operasi pemadaman.

“Dua rumah jenis tidak kekal masing-masing berukuran 30X30 kaki persegi tidak sempat diselamatk­an dalam kejadian ini manakala sebuah rumah berukuran 20X30 kaki persegi terjejas sebanyak 15 peratus.

“Empat lagi kereta jenis kompak, sedan serta van turut terbakar dalam kejadian bagaimanap­un tiada mangsa dilaporkan cedera dalam insiden ini,” katanya.

Menurutnya kejadian berjaya dikawal jam 1.23 pagi dan operasi keseluruha­n ditamatkan jam 3 pagi kemudian.

Sementara itu, dua mangsa parah selepas dua kenderaan masing-masing jenis pikap dan pacuan empat roda terbabit kemalangan di Jalan KPJ Damai di sini jam 6.20 pagi Sabtu.

PBKII Jamikah Ismail berkata kedua-dua mangsa wanita di kenderaan pikap parah sebelum dihantar ke hospital bagi menerima rawatan selanjutny­a.

Operasi dijayakan lapan anggota BBP Lintas dan operasi ditamatkan jam 6.50 pagi.-

 ??  ?? ANTARA kenderaan yang musnah terbakar di Kampung Longob Kota Marudu.
ANTARA kenderaan yang musnah terbakar di Kampung Longob Kota Marudu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia