Utusan Borneo (Sabah)

Jangan abai anak istimewa

-

TENOM:Ibu bapa yang mempunyai anakanak istimewa termasuk mempunyai masalah pembelajar­an digesa agar tidak mengabaika­n golongan tersebut sebaliknya perlu memberi perhatian dan pendidikan sewajarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, ini kerana anakanak istimewa berkenaan mempunyai kelebihan dan bakat tersendiri yang boleh digilap dan diketengah­kan.

“Apa yang penting ibu bapa yang mempunyai anakanak istimewa ini jangan sesekali rasa malu kerana anak itu adalah kurniaan Allah SWT yang perlu kita jaga sebaiknya.

“Jangan sesekali abaikan mereka sebaliknya bimbinglah mereka mengikut keupayaan dan kelebihan yang ada pada diri anak-anak istimewa ini,” katanya ketika ditemui selepas meraikan lebih 100 orang anak-anak istimewa dalam program Hari Keluarga pemulihan dalam komuniti (PDK) bahagia Keningau, Tenom, Sook, Tambunan dan Nabawan di Fat Choi Cabin dekat sini baru-baru ini.

Jamawi berkata, seperti anak-anak normal, anak-anak istimewa juga perlu dihantar ke sekolah bagi mendapat pendidikan yang sempurna.

“Kerajaan menyediaka­n banyak kemudahan untuk golongan ini, justeru ibu bapa tidak perlu gusar untuk menghantar anak-anak istimewa ini ke sekolah.

“Dari situ kita boleh melihat apa kelebihan dan kecenderun­gan anak-anak istimewa ini yang boleh kita cungkil dan perkembang­an demi masa depan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa masyarakat untuk sama memainkan peranan termasuk memberi sokongan moral kepada ibu bapa yang mempunyai anakanak istimewa.

 ??  ?? JAMAWI bersalaman dengan anak-anak istimewa yang hadir.
JAMAWI bersalaman dengan anak-anak istimewa yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia