Utusan Borneo (Sabah)

Hati yang tidak pernah berhenti memberi

Selamatkan tiga nyawa dalam sehari, memberi peluang kepada 11 yang lain

-

KOTA KINABALU: Dr Diana Angeles Ramirez Saldivar merupakan seorang doktor veterinar yang telah menyelamat­kan hidupan liar dan banyak menyumbang kepada kesejahter­aan hidupan liar di negeri Sabah.

Walaupun berkhidmat jauh dari kampung halaman beliau di negara Mexico, dedikasi beliau yang tinggi dalam usaha pemulihara­an haiwan liar di Unit Penyelamat­an Hidupan Liar (WRU) sejak tahun 2010 amat disanjungi.

Pemergian beliau adalah kehilangan besar kepada komuniti pemulihara­an alam sekitar di negeri Sabah.

Walaupun dalam kesedihan, ibu Diana Concepcion Esperanza dan kakaknya Sandra Karina, ingin memperinga­ti mendiang dengan menderma organ kepada orang Malaysia.

Sandra berkata, Diana seorang yang penyayang dan sentiasa berusaha untuk menyelamat­kan nyawa.

Kata Dr Milena Salgado, sahabat karib kepada beliau, Diana sangat sukakan negeri Sabah, dan oleh itu melalui pendermaan ini, sebahagian daripada diri Diana akan terus berada di sini.

Tambahnya, perjuangan beliau (Diana) akan diteruskan bukan sahaja melalui pekerjaann­ya yang telah memberi inspirasi kepada ramai orang, tetapi juga memberi peluang kedua untuk terus hidup kepada pesakit-pesakit kegagalan organ.

Datuk Dr Christina Rundi, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah memaklumka­n kepada keluarga Diana bahawa keduadua buah pinggang Diana telah berjaya ditranspla­n kepada dua orang pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang dan telah menjalani rawatan dialisis selama 18 tahun, manakala hati beliau telah dipindahka­n kepada seorang pesakit muda yang menghidap kegagalan hati.

Organ lain seperti kornea, injap jantung dan tulang akan diproses dan digunakan untuk merawat lebih kurang 11 orang lagi pesakit lain.

Diana merupakan penderma organ keempat untuk tahun ini di Sabah.

“Semoga kisah kehidupan Diana membuka mata dan meningkatk­an kesedaran tentang kepentinga­n dan impak pendermaan organ di Sabah dan Malaysia,” tambahnya.

 ??  ?? DIANA seorang yang berdedikas­i tinggi dalam usaha pemulihara­an haiwan liar.
DIANA seorang yang berdedikas­i tinggi dalam usaha pemulihara­an haiwan liar.
 ??  ?? IBU Diana Concepcion Esperanza dan kakaknya Sandra Karina memperinga­ti mendiang.
IBU Diana Concepcion Esperanza dan kakaknya Sandra Karina memperinga­ti mendiang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia