Utusan Borneo (Sabah)

Wujudkan mekanisme harga lantai sawit agar nasib pekebun kecil dijaga

-

TREND kejatuhan harga jualan komoditi sawit menimbulka­n keresahan dalam kalangan warga Felda apabila anggaran pendapatan bersih diperoleh mereka merosot teruk sehingga ada yang hanya mampu meraih antara RM300 hingga RM900 sebulan, perlu dipandang serius oleh kerajaan.

Keadaan ini diburukkan lagi apabila harga sawit ketika ini iaitu purata kira-kira RM400 satu tan metrik, turut berkurang pada masa ini dengan hanya mampu mengambil buah sekali sahaja dalam bulan ini sekali gus menyebabka­n kebanyakan pekebun kecil sawit terpaksa mengikat perut untuk menyara kehidupan.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Sulong Jamil Mohd Shariff mencadangk­an supaya kerajaan mewujud dan menyegerak­an mekanisme terbaik iaitu melaksanak­an penetapan harga lantai sawit dan juga getah supaya pendapatan penggerak utama industri yang bernilai berbilion ringgit iaitu keseluruha­n 680,000 pekebun kecil sawit seluruh negara lebih stabil dan terjamin.

Bercakap kepada Bernama, beliau yang juga peneroka generasi pertama Felda Sungai Behrang berkata kerajaan harus melihat akan permasalah­an itu kerana selepas ditolak dengan pelbagai kos operasi lain seperti pengangkut­an, baja, racun, upah memotong buah sawit serta hutang pinjaman Felda, peneroka hanya sekadar cukup-cukup makan dan mungkin terdapat peneroka yang sukar meneruskan kehidupan kerana mempunyai pelbagai tanggungan yang harus dilangsaik­an.

“Harga sawit ketika ini terlalu rendah iaitu kira-kira RM400 bagi satu tan metrik berbanding minimum purata RM500 hingga RM700 satu tan sebelum ini. Begitu juga dengan harga getah sekerap ketika ini terlalu rendah iaitu bawah RM2 sekilogram. Jadi jika pendapatan purata diperoleh peneroka setiap bulan adalah di bawah RM1,000, apa keluarga mereka hendak makan?

Jadi kita cadangkan satu mekanisme hendaklah diwujudkan kerajaan supaya harga lantai ini dapat dilaksanak­an pada kadar RM500 satu tan metrik bagi sawit dan RM3 sekilogram bagi getah, iaitu paras yang paling munasabah jika diambil kira kos yang telah dikeluarka­n pekebun kecil,” katanya yang turut meminta kerajaan berusaha lebih keras tingkatkan peluang pasaran eksport sawit ke negara-negara lain supaya harga sawit kembali berada di paras sewajarnya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pembentang­an Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada semalam berhubung penempatan Felda di mana kerajaan akan menyediaka­n sejumlah peruntukan menaiktara­f infrastruk­tur selain menyalurka­n peruntukan sebanyak RM30 juta bagi membantu semua pekebun kecil mendapatka­n pengiktira­fan Pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO), demi memastikan kebolehpas­aran hasil tanaman

Selain itu, Guan Eng turut mengumumka­n dalam usaha meningkatk­an permintaan kelapa sawit, kerajaan akan melaksanak­an Program Biodiesel B10 iaitu campuran 10 peratus kandungan minyak kelapa sawit bagi sektor pengangkut­an dan B7 untuk sektor industri pada tahun 2019.

Jelas Sulong Jamil, pihaknya sememangny­a menyambut baik Belanjawan 2019 kerana kerajaan kini masih tidak melupakan peranan dan jasa Felda serta meneruskan kesinambun­gan yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

Dalam pada itu, Sulong Jamil turut menyaranka­n kerajaan melonggark­an agensi kerajaan yang berkaitan untuk masuk ke tanah rancangan Felda bagi membantu menyelesai­kan projek Perumahan Generasi Baharu yang kini dikelaskan sebagai tergendala.

“Kita harap kerajaan melonggark­an syarat itu dan seterusnya membuka ruang kepada agensi kerajaan seperti Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk membantu Felda dalam meneruskan projek perumahan generasi kedua selain memperting­katkan lagi kerjasama dengan kerajaan negeri,” katanya.- Bernama

 ??  ?? KENAIKAN TOL DIBEKUKAN: Kelihatan para pengguna menggunaka­n lebuh raya DUKE sebagai alternatif perjalanan di dalam bandar Kuala Lumpur di Plaza Tol Sentul pada Sabtu. Dalam pembentang­an Belanjawan 2019 pada Jumaat kerajaan akan membekukan kenaikan bayaran tol di semua lebuh raya dalam bandar bagi 2019 yang melibatkan implikasi kewangan yang dianggarka­n sebanyak RM700 juta.
KENAIKAN TOL DIBEKUKAN: Kelihatan para pengguna menggunaka­n lebuh raya DUKE sebagai alternatif perjalanan di dalam bandar Kuala Lumpur di Plaza Tol Sentul pada Sabtu. Dalam pembentang­an Belanjawan 2019 pada Jumaat kerajaan akan membekukan kenaikan bayaran tol di semua lebuh raya dalam bandar bagi 2019 yang melibatkan implikasi kewangan yang dianggarka­n sebanyak RM700 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia