Utusan Borneo (Sabah)

Napoli atasi Empoli 5-1

-

MILAN: Dries Mertens menjaringk­an hatrik ketika Napoli memanaskan badan untuk perlawanan penting menentang Paris Saint-Germain (PSG) dalam Liga Juara-Juara pada minggu depan dengan kemenangan 5-1 ke atas Empoli untuk kembali menduduki tempat kedua dalam Serie A dan memberi tekanan kepada juara bertahan Juventus.

“Kami begitu berbisa dalam serangan,” kata jurulatih Carlo Ancelotti apabila Napoli merapatkan jurang ke atas Juventus kepada tiga mata sebelum pendahulu itu melayan kunjungan Cagliari semalam.

Lorenzo Insigne membuka jaringan selepas sembilan minit di Stadium San Paolo dan Mertens dari Belgium turut menjaringk­an gol pada separuh masa pertama

Mertens menambah dua lagi gol selepas waktu rehat pada minit ke-64 dan dalam masa kecederaan manakala Arkadiusz Milik dari Poland turut mencatatka­n gol pada minit terakhir.

Ia meletakkan semula pasukan Ancelotti di landasan kemenangan selepas seri dua kali berturut-turut dengan Paris Saint-Germain (2-2) dan AS Roma (1-1).

Namun bekas pengurus Chelsea dan Real Madrid itu berkata dia “lebih marah daripada teruja dengan keputusan itu”.

“Keputusan menyatakan kami bermain dengan hebat tetapi Empoli bermain dengan lebih baik berbanding kami.

“Kami menghadapi keadaan yang begitu sukar sehingga gol 4-1. Kami bermain dengan baik ketika menentang Roma, tetapi kami seri, dan pada malam ini kami menang dengan jaringan besar.

“Malah saya marah dengan Mertens. Dia bermain sebagai pemain sayap dan saya menjerit kepadanya bahawa jika dia mahu menjaringk­an gol, dia mesti bermain pada posisi yang lebih tengah.

“Dia menjawab bantuan juga penting. Dia memperoleh­i hatrik pada akhirnya dan satu bantuan juga.” katanya. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia