Utusan Borneo (Sabah)

MPS bina laluan pejalan kaki di Bandar Sibuga

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) membina laluan pejalan kaki di Bandar Sibuga bagi keselesaan, keselamata­n dan kemudahan penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

Presiden MPS Datuk Peter Hii Chang Lik berkata kemudahan laluan pejalan kaki perlu diwujudkan bagi memudahkan dan memberi keselesaan kepada penduduk di situ.

“Pembinaan kemudahan itu juga adalah untuk memastikan keselamata­n pejalan kaki di kawasan itu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pembinaan laluan pejalan kaki di Bandar Sibuga, pagi Isnin.

Beliau berkata ia adalah satu usaha kerajaan dalam menyediaka­n kemudahan yang selesa kepada rakyat.

“Saya turut padang melihat sendiri pembinaan laluan pejalan kaki berkenaan agar pembinaann­ya mengikut piawaian yang ditetapkan,” tegasnya.

Peter Hii turut meninjau pembinaan naiktaraf sistem perparitan di Bandar Sibuga yang sedang dalam pembinaan.

“Pembinaan naiktaraf sistem perparitan itu adalah untuk lebarkan parit sedia ada bagi memastikan laluan air parit berjalan lancar dan dapat mengelakka­n berlakunya banjir atau air bertakung,” katanya.

Beliau juga meminta penduduk atau pengusaha kedai di kawasan itu supaya tidak membuang sampah ke dalam parit sebaliknya membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.

“Kita meminta kerjasama semua pihak agar sama-sama menjaga kebersihan persekitar­an kawasan perniagaan mereka atau kediaman sebagai satu langkah menghindar­kan penyakit berjangkit,” katanya.

Dalam pada itu, Peter Hii juga meninjau Pasar Sibuga bagi melihat sendiri permasalah­an yang dihadapi peniagaan di pasar itu.

Turut bersama dalam lawatan itu, Pegawai Penguatkua­sa MPS Irman Tajuddin Edy dan para pemimpin masyarakat.

 ??  ?? PETER Hii melihat pembinaan laluan pejalan kaki.
PETER Hii melihat pembinaan laluan pejalan kaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia