Utusan Borneo (Sabah)

Pengiktira­fan kerja kebeliaan

Ahmad Farid terima Anugerah Belia Ikon Harapan

-

KOTA KINABALU: Kejayaan Timbalan Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Sabah Ahmad Farid Sainuri yang terpilih sebagai penerima Anugerah Belia Ikon Harapan (Kesukarela­wanan) Tahun 2018 adalah satu bentuk pengiktira­fan kepada kerja kebeliaan dan kesukarela­wanan.

Setiausaha Abim Sabah Mohd Nur Hilmie Milus berkata, kejayaan itu adalah pengiktira­fan kepada kerja kebeliaan yang ditonjolka­n oleh Ahmad Farid melalui penglibata­n beliau di dalam Abim Sabah dan juga sebagai Exco Majlis Belia Sabah.

Ahmad Farid menerima anugerah itu yang disampaika­n oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Haji Jaujan Hj Sambakong, yang diiringi oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Frankie Poon dan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Arunarsin Tain sempena Sambutan Hari Belia Negeri Sabah 2018 pada 3-4 November di Kompleks Sukan Sandakan.

Beliau sememangny­a layak mendapat anugerah itu berikutan penglibata­nnya dalam banyak program yang dianjurkan dan juga yang beliau sendiri anjurkan.

Antara program tarikan belia yang beliau anjurkan adalah Seminar ‘Smartringg­it’, Seminar ‘Ka-Ching’, menubuhkan ‘Sabah Youth Financial Entreprene­urship and Education (SYFE)’ iaitu unit di bawah Majlis Belia Sabah (MBS), ‘Jelajah Belia Excellence With A Soul (EXAS)’ yang melibatkan 2,000 belia dari seluruh Sabah dan pelbagai daerah, Kursus Kepimpinan Muda dan lainlain lagi.

“Terima kasih diucapkan kepada Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS) yang mewakili Kerajaan Negeri Sabah kerana memberikan pengiktira­fan kepada saudara Ahmad Farid pada tahun ini,” kata Nur Hilmie.

Beliau berkata Abim Sabah dengan penuh semangat akan terus melahirkan seramai mungkin pemimpin dari kalangan generasi muda untuk membantu menguruska­n masyarakat dengan pelbagai program serta perkongsia­n ilmu agar rakyat negeri ini terus maju dan menjadi masyarakat yang saling membantu, di samping bermanfaat kepada satu sama lain.

 ??  ??
 ??  ?? JAUJAN (dua kanan) bertanyaka­n sesuatu kepada Ahmad Farid.
JAUJAN (dua kanan) bertanyaka­n sesuatu kepada Ahmad Farid.
 ??  ?? (Gambar atas) AHMAD Farid bersama penerima anugerah lain dalam majlis itu. (Gambar kiri) AHMAD Farid menerima Anugerah Ikon Belia Harapan disampaika­n Jaujan.
(Gambar atas) AHMAD Farid bersama penerima anugerah lain dalam majlis itu. (Gambar kiri) AHMAD Farid menerima Anugerah Ikon Belia Harapan disampaika­n Jaujan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia