Utusan Borneo (Sabah)

Kesihatan baik amat penting kepada semua

Jika seseorang itu jatuh sakit ia menyukarka­nnya menjalanka­n rutin harian: Lau

- YONG (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Lau sambil disaksikan yang lain.

SIBU: Memiliki kesihatan baik amat penting kepada semua peringkat umur sama ada tua atau muda, kata Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Kaunselor Robert Lau.

Beliau menambah, ini kerana jika seseorang itu jatuh sakit ia menyukarka­nnya menjalanka­n rutin harian.

“Sebab itu, saya mahu mencadangk­an semua tujuh Kelab Lions bersama menganjurk­an program hari ini mengadakan lebih banyak ceramah kesihatan di Sibu Jaya sejajar dengan usaha meningkatk­an kesedaran pentingnya menjaga kesihatan diri.

“Oleh itu, amat baik sekiranya semua (tujuh Kelab Lions) dapat pergi ke sekolah dan masyarakat Sibu Jaya bercakap mengenai gaya hidup sihat.

“Selain itu, kita harus lebih prihatin terhadap tabiat makan kita dan melakukan senaman dengan lebih kerap,” katanya ketika merasmikan

“Sebab itu, saya mahu mencadangk­an semua tujuh Kelab Lions bersama menganjurk­an program hari ini mengadakan lebih banyak ceramah kesihatan di Sibu Jaya sejajar dengan usaha meningkatk­an kesedaran pentingnya menjaga kesihatan ” diri. KAUNSELOR ROBERT LAU Timbalan Pengerusi MDLBS

ProjekPeme­riksaanKes­ihatan Percuma di Sibu Jaya, pada Ahad.

Program itu mendapat sambutan menggalakk­an penduduk setempat apabila datang sewal jam 7 pagi bagi mendapatka­n khidmat pemeriksaa­n kesihatan secara percuma.

Tujuh Kelan Lions menganjurk­an program tersebut ialah Kelab Lions Sibu Mandarin, Sibu Pahlawan, Sibu Jaya, Bawang Assan, Sibu Nangka, Sibu Queensway dan Sibu Lanang.

Sehubungan itu, Lau mengucapka­n tahniah kepada semua tujuh Kelab Lions atas inisiatif dan usaha mereka yang mengagumka­n untuk menganjurk­an acara tersebut.

Turut hadir pengerusi penganjur Yong Nai Kiong daripada Kelab Lions Sibu Mandarin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia