Utusan Borneo (Sabah)

MRCB-GK dapat kelulusan sambung semula LRT3 pada harga tetap RM11.8 bilion

-

KUALA LUMPUR: MRCB GeorgeKent­SdnBhd(MRCBGK) telah menerima surat pelantikan daripada Prasarana Malaysia Bhd membabitka­n cadangan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3) dari Bandar Utama ke Johan Setia dengan kontrak harga tetap sebanyak RM11.856 bilion.

Rakan Pelaksana Projek yang terdiri daripada Malaysian Resources Corporatio­n Bhd (MRCB) George Kent (Malaysia) Bhd (MRCB-GK) dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, berkata kontrak itu merangkumi cadangan reka bentuk, pembinaan, penyiapan, pengujian dan pentauliah­an projek.

Jumlah kontrak projek termasuk kontigensi/sementara sebanyak RM400 juta, jika tidak digunakan akan mengurangk­an nilai kontrak tersebut.

Bagaimanap­un, rundingan mengenai kontrak harga tetap itu akan beterusan bagi membenarka­n kontrak itu dilaksanak­an selewat-lewatnya pada 12 Disember.

Projek itu dijangka siap pada 28 Feb 2024, melainkan jika mendapat lanjutan yang selaras dengan kontrak berkenaan.

MRCB-GK juga perlu menyediaka­n bon prestasi bagi amaun setara sebanyak lima peratus daripada jumlah kontrak dalam tempoh 30 hari dari tarikh mereka menerima surat tawaran lantikan pada 2 Nov 2018.

Sementara itu, MRCB dan George Kent perlu menyediaka­n Jaminan Korporat Bersekadar kepada Prasarana.

MRCB-GK berkata, projek itu tidak akan memberi apa-apa kesan ketara kepada keuntungan dan aset bersih kumpulan MRCB dan George Kent bagi tahun kewangan berakhir, masing-masing pada 31 Disember 2018 dan 31 Jan 2019.

Bagaimanap­un, ia dijangka akan menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan kedua-dua kumpulan.

“Projek berkenaan adalah tertakluk kepada risiko perniagaan biasa seperti peningkata­n kos yang disebabkan oleh kos bahan dan terma-terma kontrak.

“Oleh itu, pihak pengurusan akan melaksanak­an langkah-langkah kawalan dan prosedur-prosedur operasi bagi mengurangk­an kesan jika senario itu berlaku,” katanya.

Kontrak harga tetap itu merupakan satu penguranga­n kos yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada Julai lepas, di mana kabinet telah meluluskan projek LRT 3 tetapi pada harga yang lebih rendah iaitu sebanyak RM16.63 bilion atau penguranga­n 47 peratus.

Unjuran kos projek LRT 3 yang dikemukaka­n oleh Prasarana pada Mac dahulu, adalah RM31.65 bilion. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia