Utusan Borneo (Sabah)

Kolaborasi strategik Astro, Les’ Copaque perkasa industri animasi tempatan dan antarabang­sa

-

ASTRO Malaysia Holdings Berhad dan Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. barubaru ini mengumumka­n kolaborasi strategik dalam segmen perkongsia­n kandungan, pengedaran dan pemasaran produk animasi terbitan Les’ Copaque.

Usahasama ini bakal memperkasa­kan lagi industri animasi di pasaran tempatan mahupun antarabang­sa dengan penerokaan menyeluruh yang meliputi kepakaran serta aset keduadua syarikat.

Empat produk animasi terbitan Les’ Copaque iaitu ‘Upin & Ipin’, ‘Upin & Ipin Iqra’, ‘Puteri’ dan ‘Pada Zaman Dahulu’ boleh dinikmati oleh pelanggan Astro dan NJOI di televisyen dan platform over-the-top atau OTT termasukla­h menerusi aktiviti lapangan.

Selain dari itu, kolaborasi ini turut melibatkan penjualan barangan eksklusif di Go Shop dan penganjura­n pelbagai aktiviti menarik buat peminat setia di bawah Astro Circle.

Naib Presiden Bahagian GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, berkata, “Sejak kehadiran Astro dalam industri penyiaran lebih dua dekad yang lalu, kami sentiasa komited dan konsisten dalam membawakan pelbagai kandungan kekeluarga­an dan ilmiah yang mampu menggalakk­an proses pembelajar­an kreatif buat golongan kanak-kanak dan remaja.”

Tambahnya, “Seperti kita semua sedia maklum, animasi ‘Upin & Ipin’ berpaksika­n elemen pendidikan sebagai latar utama dalam setiap jalan penceritaa­nnya, selari dengan matlamat Astro untuk mengunggul­i penggunaan pendekatan alternatif dari aspek akademik.”

Justeru itu katanya, usahasama yang dibina bersama pemegang harta intelek ‘Upin & Ipin’ ini sudah pasti akan memperluas­kan lagi tawaran kandungan sedia ada khususnya bagi segmen pendidikan buat para pelanggan Astro bukan sahaja di Malaysia, malahan di negara-negara serantau seperti Indonesia, Singapura dan juga Brunei.

Deretan kejayaan yang berjaya dirangkul dari dalam dan luar negara telah membuktika­n penerimaan baik animasi ‘Upin & Ipin’ dalam pasaran Asia sekaligus meletakkan Les’ Copaque di liganya tersendiri dalam industri animasi.

Putri Yasmin percaya dengan gabungan kepakaran dan perkongsia­n aset media di antara keduadua syarikat, ianya bakal memberi impak yang besar dalam industri animasi di Malaysia mahupun di luar negara, di samping mengoptimu­mkan pulangan ke atas pelaburan yang dilaksanak­an dalam penghasila­n sesebuah karya baharu.

Membuka tirai kerjasama Astro – Les’ Copaque merupakan penganjura­n ‘Karnival Upin & Ipin 2018’ yang akan diadakan pada 20 hingga 23 Disember 2018 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Sempena cuti persekolah­an pada November 2018 ini, siri ‘Upin & Ipin’, ‘Upin & Ipin Iqra’; siri yang memperkena­lkan pembelajar­an Iqra’, ‘Puteri’ dan ‘Pada Zaman Dahulu’ dijadualka­n menemui peminat di saluran Astro Ceria dan Astro Prima.

Manakala pada Mac 2019 pula, filem ‘Upin & Ipin - Keris Siamang Tunggal’ dijangka akan ke pawagam. Pelbagai lagi perancanga­n jangka masa pendek dan panjang akan diumumkan kelak.

Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn. Bhd., Burhanuddi­n Md. Radzi, berkata, “Kerjasama antara dua syarikat gergasi ini telah mengubah model perniagaan industri kreatif dimana pihak penerbit akan bekerjasam­a dengan pihak penyiar untuk menentukan hala tuju dan strategi perniagaan dari segi isi kandungan, pemasaran, sasar pasaran, dan pembanguna­n pasaran baru. Kejayaan animasi ‘Upin & Ipin’ bukan sahaja membantu dalam peningkata­n industri animasi tempatan, malah membuka jalan baru dalam kerjasama dari segi perniagaan yang mampu menjana ekonomi negara melalui kepakaran dalam bidang masing-masing.”

Astro merupakan pembekal utama kandungan berbentuk hiburan dan kekeluarga­an yang turut merangkumi segmen pendidikan, di mana pemasaran kandungann­ya melangkaui skrin televisyen dengan kehadiran platform digital yang membantu dalam memperluas­kan capaian penonton ke negaranega­ra serantau.

Kandungan karya animasi terbitan Les’ Copaque mempunyai tarikan global dengan penerapan nilai sejagat, ditambah pula dengan pilihan Bahasa Inggeris yang menjadikan­nya lebih mudah diterima oleh penonton dari pelbagai negara dan latar belakang.

‘Upin & Ipin’ hadir di ruangan animasi tanah air pada tahun 2007 dan ia merupakan siri animasi versi 3D yang pertama di Malaysia. Kini, ‘Upin & Ipin’ turut menjuarai segmen digital apabila meletakkan tanda aras tinggi sebagai saluran nombor satu di siaran YouTube Malaysia dengan memiliki 3.3 juta pengikut dan lebih dari 2 bilion jumlah tontonan.

Kehadiran ‘Upin & Ipin’ turut mendapat pengiktira­fan di serata dunia. Karakter pasangan kembar ini mencipta sejarah apabila menjadi watak animasi pertama diangkat sebagai ‘Duta Pelanconga­nan Malaysia Yang Ke-12’ sebaris dengan ikon-ikon hebat tanah air oleh Kementeria­n Pelanconga­n Malaysia.

Di Indonesia, ‘Upin & Ipin’ mencipta fenomena apabila dinobatkan sebagai penerima anugerah bagi kategori ‘Kartun Yang Paling Diminati’ dan ‘Watak Kartun Yang Paling Diminati’ selama empat tahun berturut-turut di ‘Anugerah Ibu & Anak’ bersempena sambutan Hari Ibu di republik tersebut.

Pada Mac 2018, Upin & Ipin mengunggul­i kategori ‘Profession­al Fiction Under 7’ di Southeast Asia Prix Jeunesse Awards, majlis anugerah peringkat global yang meraikan kecemerlan­gan kandungan segmen kanak-kanak.

 ??  ?? KOLABORASI STRATEGIK: (Dari kiri) Ketua Pengarah Kandungan Les’ Copaque Ainon Ariff, Pengarah Urusan Les’ Copaque Burhanuddi­n Md Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDEC) Datuk Yasmin Mahmood dan Naib Presiden Bahagian GenNext Astro Putri Yasmin Megat Zaharuddin.
KOLABORASI STRATEGIK: (Dari kiri) Ketua Pengarah Kandungan Les’ Copaque Ainon Ariff, Pengarah Urusan Les’ Copaque Burhanuddi­n Md Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDEC) Datuk Yasmin Mahmood dan Naib Presiden Bahagian GenNext Astro Putri Yasmin Megat Zaharuddin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia