Utusan Borneo (Sabah)

Maybank selesai pindah perniagaan kepada unit di Singapura

-

SINGAPURA: Maybank berjaya menyelesai­kan pemindahan perniagaan Perkhidmat­an Kewangan Komuniti (CFS) di Singapura daripada cawanganny­a di sini, kepada anak syarikat yang diperbadan­kan di Singapura, Maybank Singapore Limited (MSL).

Berikutan itu, MSL akan mengendali­kan perniagaan CFS yang merangkumi runcit (perbankan peribadi, kekayaan istimewa, kekayaan utama), kekayaan peribadi, perbankan Perusahaan Kecil, Sederhana & Runcit (RSME) dan perniagaan Perbankan Komersial di Singapura.

Perniagaan Perbankan Global (termasuk Pasaran Global) bagaimanap­un, akan terus dikendalik­an di bawah Cawangan Maybank Singapura.

Menurut Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias, Singapura merupakan operasi luar negara terbesar bagi kumpulan itu.

“Kumpulan Maybank telah menyuntik modal ke dalam Maybank Singapore Limited yang bertujuan supaya deposit berpusat di negara ini, mewujudkan tahap kepercayaa­n dan jaminan tambahan untuk pelanggan CFS kami,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Abdul Farid berkata langkah ini bukan sahaja memenuhi keperluan pengawalse­liaan, tetapi turut melambangk­an komitmen jangka panjang Maybank terhadap pasaran Singapura yang menjalanka­n operasi perniagaan selama 58 tahun.

Maybank juga dikenali sebagai antara bank penting dalam sistem domestik (DSIB) oleh pihak Berkuasa Kewangan Singapura pada 2015.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Negara merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Singapore Limited, Dr John Lee berkata Maybank telah berkembang seiring dengan pertumbuha­n ekonomi Singapura, terutamany­a pada tempoh-tempoh awal pembinaan negara itu.

“Memandangk­an MSL bermula di Singapura, kami akan dapat manfaat hasil daripada kedudukan Singapura sebagai pusat kewangan untuk mengoptimu­mkan peluang perniagaam­n serantau.

“Pemilik PKS dengan cita-cita serantau boleh memanfaatk­an rangkaian Maybank di semua 10 negara ASEAN manakala pelanggan individu yang memerlukan perancanga­n pembiayaan dan kekayaan pula akan menikmati kemudahan perbankan yang sama di Maybank Singapore Limited.”

Seiring proses itu, kira-kira 1,850 pekerja dipindahka­n dari Cawangan Maybank Singapura ke Maybank Singapore Limited yang beroperasi di 27 lokasi perkhidmat­an termasuk 20 cawangan runcit di republik itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia