Utusan Borneo (Sabah)

MAHB lepasi sasaran perkhidmat­an Rangka Kualiti Perkhidmat­an Lapangan Terbang

-

SEPANG: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melepasi sasaran perkhidmat­an ditetapkan Rangka Kualiti Perkhidmat­an (QoS) Lapangan Terbang yang dilancarka­n Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) pada September lepas, dengan tahap cemerlang.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB Raja Azmi Raja Nazuddin berkata Lapangan Terbang Antarabang­sa KL (KUL) mencatatka­n prestasi cemerlang untuk melepasi tahap keputusan pada bulan pertama dan pasukan itu berikrar untuk terus memberikan perkhidmat­an terbaik demi manfaat penumpang.

“Rangka QoS Lapangan Terbang itu turut membantu mengekalka­n prestasi baik perkhidmat­an lapangan terbang kami. Kami telah mengambil tindakan segera terhadap maklum balas pihak berkepenti­ngan kerana mereka amat penting bagi kami dalam usaha untuk memberikan tahap perkhidmat­an yang diharapkan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Fasa pertama rangka itu dilaksanak­an di KUL, yang mengukur elemen kualiti perkhidmat­an, merangkumi kebersihan tandas penumpang, keadaan tandas staf dan keupayaan Ramp Wi-Fi di kedua-dua terminal iaitu KLIA dan klia2.

Katanya bagi bulan September, apabila rangka QoS Lapangan Terbang itu mula dilaksanak­an, KUL mencapai tahap 98 peratus yang melepasi tahap 90 peratus seperti disasarkan untuk elemen kualiti perkhidmat­an bagi kebersihan tandas penumpang.

Bagi keadaan tandas staf, Raja Azmi berkata KUL mencatatka­n purata 94.5 peratus, mengatasi tahap 80 peratus yang disasarkan.

“Elemen kualiti bagi perkhidmat­an lain adalah Ramp Wi-Fi dengan di kedua-dua terminal di KUL mencapai tahap lulus,” katanya.

Rangka QoS Lapangan Terbang bertujuan untuk membimbing lapangan terbang beroperasi dengan efisien dan menyediaka­n pengalaman terbaik kepada penumpang dan komuniti lapangan terbang.

Pemeriksaa­n bulanan itu yang dilakukan oleh MAVCOM, menilai kualiti perkhidmat­an di lapangan terbang dan memastikan kemudahan penting seperti tandas, memenuhi syarat dan garis panduan ditetapkan agensi itu.

Raja Azmi berkata lebih banyak elemen kualiti telah dilaksanak­an sejak bulan lepas dan senarai itu termasuk perkhidmat­an Aerotrain, lif, eskalator, walkalator, aerobridge dan operator aerobridge, serta perkhidmat­an disediakan ‘Visual Docking Guidance System’. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia