Utusan Borneo (Sabah)

Kemeriahan sambutan Deepavali dirasai

Upacara keagamaan di kuil seluruh negara meriahkan sambutan

-

KUALA LUMPUR: Kemeriahan sambutan Deepavali dirasai di seluruh negara apabila penganut agama Hindu mengambil peluangkel­uarsejakaw­alpagi Selasabagi­menyempurn­akan upacara keagamaan di kuil di kawasan masing-masing.

Di ibu negara, masyarakat India bersama anggota keluarga masing-masing pada awal pagi mengunjung­i kuil di kawasan masing-masing untuk upacara sembahyang. Antara kuil utama yang menjadi tumpuan adalah Kuil Sri Mahamariam­man di Jalan Tun H S Lee, yang seawal 7.00 pagi dipenuhi ramai penganut Hindu.

Selepas melakukan ritual keagamaan, mereka berkunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai untuk meraikan Pesta Cahaya yang turut disertai masyarakat pelbagai kaum menikmati juadah istimewa perayaan itu.

Selain menghadiri rumah terbuka Deepavali, orang ramaiturut­mengambilp­eluang cuti umum itu beriadah dan meluangkan masa bersama keluarga.

Tinjauan Bernama di sekitar Little India, Brickfield­s dan Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini mendapati kawasan berkenaan sedikit lenggang dan banyak kedai perniagaan ditutup.

DiKlang,SELANGOR,Kuil Sri Nagara Thandayuth­apani menjadi tumpuan penganut agama Hindu di sekitar daerah ini untuk bersembahy­ang bersama anggota keluarga mereka.

Tinjauan Bernama di kuil berusia lebih 120 tahun itu yang terletak berhampira­n Jalan Tengku Kelana atau “Little India” di sini mendapati penganut Hindu mula hadir ke kuil berkenaan sejak pukul 9.00 pagi.

Di MELAKA penganut agama Hindu memenuhi kuil-kuil di negeri ini sejak pukul 8.00 pagi untuk menyempurn­akan upacara keagamaan sempena sambutan Deepavali.

Selain penganut agama Hindu, pelancong asing berkunjung ke kuil-kuil seperti Kuil Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi di Jalan Tokong, antara kuil tertua di Melaka dibuka pada 1781 bagi melihat serta merasai sendiri sambutan perayaan itu dan menikmati keindahan kuil yang mempunyai pengaruh seni bina Belanda itu.

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dalam kenyataan sempena sambutan Deepavali pada Selasa berharap perayaan Diwali pada tahun ini penuh bermakna dan disambut dengan meriah bersama keluarga tercinta serta sahabat handai.

Di Kota Bharu, KELANTAN sambutan Depavali tetap disambut meriah walaupun musim tengkujuh telah bermula dengan lebih 100 orang masyarakat­Indiasekit­arTanah Merah menyempurn­akan sembahyang di Kuil Kerilla Karumman pagi Selasa.

Presiden Persatuan Fizikal dan Budaya India Kelantan Gandhiraja Perumal berkata cuaca hujan tidak menghalang penganut Hindu membuat persiapan menyambut Deepavali di kediaman masing-masing sejak beberapa hari lepas.

Di Kuching, SARAWAK, walaupun Deepavali bukan cuti umum, namun perayaan itu tetap disambut meriah dengan beberapa kuil menjadi tumpuan penganut Hindu iaitu Kuil Sri Srinivasag­ar Kaliamman, Jalan Ban Hock danKuilSri­MahaMariam­man, Batu Lintang.

Di Arau, PERLIS, kirakira 5,000 masyarakat keturunan India di negeri itu menyambut perayaan Deepavali dalam suasana tenang dan sederhana tetapi meriah dengan berkunjung ke tiga buah kuil utama di Padang Besar, Kangar dan Arau diikuti dengan aktiviti menziarah ke rumah saudara mara, jiran dan sahabat handai.

Pengerusi MIC Perlis, S. Vengadasam­y teruja dengan semangat perpaduan yang ditunjukka­n oleh masyarakat keturunan India di negeri ini walaupun ada di antara mereka berbeza fahaman politik.

Di Seremban, NEGERI SEMBILAN, kira-kira 200,000 penganut Hindu meraikan Deepavali secara sederhana dengan menjadikan kuil yang berusia hampir 200 tahun iaitu Kuil Sri Balathanda­yuthapani tumpuan bagi melakukan aktiviti keagamaan.

Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Sumber Manusia, Perladanga­n dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri J. Arul Kumar berkata sambutan Deepavali kali ini bakal memberi sinar baharu kepada semua penganut Hindu dalam mengharung­i hari-hari yang lebih baik pada masa akan datang.

Di Kuantan, PAHANG, hujan renyai-renyai sejak awal pagi, tidak menghalang penganut agama Hindu meraikan Deepavali dengan gembira dengan berpakaian baharu berwarna-warni berkunjung ke kuil sekitar Kuantan seawal 8.00 pagi dengan ada di antaranya membawa susu, bunga dan buah-buahan untuk upacara keagamaan.

Antara kuil yang menjadi tumpuan ialah Kuil Sri Mariamman di Jalan Seri Kemunting di sini, yang terus dipenuhi orang ramai walaupun sudah hampir pukul 12 tengah hari.

Di PERAK, tiada sebarang sambutan rasmi oleh Kerajaan Negeri, namun perayaan tetap diraikan dengan meriah oleh penganut Hindu dari pelbagai lapisan umur walaupun hujan renyai di beberapa kawasan sejak awal pagi. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia