Utusan Borneo (Sabah)

Nelayan Taiwan bantah ‘penindasan’ oleh kerajaan

-

TAIPEI: Nelayan dan keluarga mereka menunjuk perasaan di jalanan di Taiwan semalam untuk membantah apa disifatkan sebagai penindasan ke atas industri mereka yang dituduh menggunaka­n amalan yang menyalahi undang-undang dan mencabul hak asasi manusia.

Demonstras­i nelayan tepi pantai dan jarak jauh di ibu kota Taipei merupakan cabaran terbaharu kepada Presiden Tsai Ing-wen yang sudah pun menghadapi protes besar-besaran oleh veteran tentera yang tidak berpuas hati dan kesatuan sekerja berhubung pencen dan reformasi lain.

Ia berlaku menjelang pilihan raya tempatan pada 24 November, yang dilihat sebagai barometer pertengaha­n penggal selepas dua tahun pertama Tsai memegang kuasa.

Kira-kira 2,000 orang berhimpun di luar bangunan majlis pertanian, sambil meniup hon dan melontar wang kertas. Ramai datang dari selatan Taiwan di mana industri perikanan tertumpu.

“Saya memahami keperluan bagi kelestaria­n tetapi penguatkua­saan kerajaan terlalu sukar dan denda terlalu tinggi,” kata seorang penunjuk perasaan yang bekerja di atas sebuah bot nelayan laut dalam dan memberikan namanya sebagai Tsai, yang menambah pendapatan­nya sudah menurun dengan ketara sejak peraturan baharu diperkenal­kan.

Industri perikanan Taiwan yang bernilai berbilion dolar, dan mempunyai salah satu armada tuna ‘longline’ terbesar di dunia, secara tradisinya menyokong Parti Progresif Demokratik (DPP) pimpinan Tsai yang memerintah pulau itu.

Namun sejak tiga tahun lalu, ia telah disasari agensi-agensi domestik dan antarabang­sa berhubung keadaan dan kawalan yang buruk.

Taiwan telah melaksanak­an penalti dan undang-undang yang lebih ketat sejak Kesatuan Eropah (EU) mengeluark­an ‘kad kuning’ kepada pulau itu pada 2015 kerana kekurangan serius dalam pengurusan industri itu.

Keputusan mengenai sama ada amaran itu akan ditarik balik atau tidak dijangkaka­n pada bulan depan.

Ketua Persatuan Nelayan Liuchiu yang dianggotai pemilik armada ikan tepi pantai, Tsai Bao-Hsin, memberitah­u sebelum tunjuk perasaan diadakan bahawa tangkapan semakin menguncup.

Beliau menuduh kerajaan tunduk kepada tuntutan EU tanpa menimbang impak kepada masyarakat.

Ketua Persatuan Bantuan Kendiri Nelayan Wang Shinchan memberitah­u, penalti yang diperkenal­kan agensi perikatan Taiwan adalah terlalu tinggi.

“Setiap denda sekurangku­rangnya sejuta dolar Taiwan (RM128,000).

“Siapa yang mampu membayar denda sebanyak itu?” katanya.

Satu laporan Greenpeace pada 2016 menggambar­kan industri perikanan Taiwan yang menggunaka­n ribuan pekerja pendatang, sebagai tidak dapat dikawal, dengan pencabulan hak asasi manusia dan buruh berleluasa, termasuk penderaan fizikal dan menahan bayaran.

Industri itu juga dikritik kerana memotong sirip yu, manakala bahagian lain badan ikan yang masih bernyawa itu dibuang balik ke dalam lautan.

Taiwan melaksanak­an Akta Perikanan Air Jauh pada 2017 untuk membendung aktiviti yang menyalahi undang-undang, tidak dilaporkan dan tidak dikawal-selia.

Namun pada Mei tahun ini, sebuah bot nelayan Taiwan menjadi bot pertama yang ditahan organisasi buruh Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu kerana melanggar peraturan industri baharunya.

Bot itu ditahan di Cape Town, Afrika Selatan, dan pemeriksa menjumpai ketiadaan dokumentas­i selain keadaan keselamata­n dan kesihatan yang buruk, menurut Pertubuhan Buruh Antarabang­sa.

Pemilik kapal itu dan kaptennya didenda NT$3.75 juta (RM480,000) oleh pihak berkuasa Taiwan apabila kembali ke pangkalan pada September lepas. — AFP

 ??  ??
 ?? Gambar AFP ?? PARA nelayan mengadakan demonstras­i di luar Majlis Pertanian di Taipei, semalam. —
Gambar AFP PARA nelayan mengadakan demonstras­i di luar Majlis Pertanian di Taipei, semalam. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia