Utusan Borneo (Sabah)

Karavan pendatang berkumpul di Kota Mexico

Warga Honduras, El Salvador dan Guatemala bertekad mahu sampai ke Amerika Syarikat

-

KOTA MEXICO: Sebuah karavan pendatang dari Amerika Tengah yang mengundang kemarahan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dalam Twitter menjelang pilihan raya pertengaha­n penggal di AS berehat dan berkumpul semula kelmarin di sebuah stadium yang diubah menjadi pusat perlindung­an di Kota Mexico sebelum meneruskan perjalanan.

Dengan matlamat untuk sampai ke AS, kira-kira 5,000 pendatang, kebanyakan­nya dari negara-negara yang dilanda keganasan, Honduras, El Salvador dan Guatemala, dijangka berhimpun di Kota Mexico dalam masa beberapa hari ini sebelum mereka meneruskan perjalanan ke utara, kata pihak berkuasa.

Kumpulan 470 pendatang pertama tiba Ahad lepas di Kota Mexico dan bermalam di sebuah stadium di bahagian timur ibu negara, di mana pihak berkuasa telah mendirikan sebuah kem besar untuk menempatka­n mereka serta menyediaka­n makanan dan air.

Menjelang petang kelmarin, kira-kira 4,000 orang sudah tiba di kem tersebut. Seribu lagi dijangka tiba pada hari ini (Rabu), apabila karavan yang berpecah itu berkumpul semula selepas mereka bersuarai di tengah dan timur Mexico, menurut Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Kebangsaan (CNDH).

Selalunya bergerak dalam keluarga atau bersama anakanak kecil, pendatang terbabit tidur dalam khemah, di atas tanah atau di atas bangku panjang simen dalam stadium, dalam suhu waktu malam yang begitu sejuk sekitar 12 darjah Celsius pada altitud tinggi di Kota Mexico.

Ramai merawat selsema atau kaki yang cdera selepas berjalan lebih 1,600 kilometer yang bermula pada 13 Oktober lalu di kota San Pedro Sula, Honduras.

“Saya tidak dapat tidur. Saya sejuk dan batuk sepanjang malam,” kata Karla Membreno, 23, dari Honduras yang melakukan perjalanan bersama suami dan adik iparnya.

“Namun kami perlu tabah. Tuhan memberikan kami kekuatan untuk meneruskan perjalanan,” katanya lanjut.

Kakitangan perubatan merawat pendatang dan memberi suntikan selesema di klinik spontan di stadium berkenaan.

Pendatang lain sibuk mencari kot, sarung tangan atau apa sahaja untuk menahan kesejukan dalam timbunan besar pakaian yang didermakan.

Dua kumpulan besar lain yang dianggotai warga Amerika Tengah yang terdiri daripada 3,000 hingga 4,000 pendatang pada keseluruha­nnya kini sedang melakukan perjalanan merentasi negeri-negeri Chiapas dan Oaxaca di selatan Mexico, kata CNDH.

Seramai 3,230 warga Amerika Tengah lain yang menaiki karavan telah memohon suaka di Mexico, menurut kementeria­n dalam negeri.

Trump telah menjadikan imigresen satu isu utama menjelang pilihan raya pertengaha­n penggal yang penting semalam, dilihat sebagai pungutan suara bagi kepimpinan­nya setakat ini.

Sambil menyifatka­n karavan itu sebagai ‘darurat negara’, beliau mengancam untuk mengerah 15,000 anggota tentera ke sempadan dengan Mexico.

Kira-kira 4,800 sudah dikerahkan setakat kelmarin, kata Pentagon.

Beliau juga menegaskan karavan itu, yang masih berada lebih 1,000 kilometer dari sempdan, turut merangkumi anggota geng jalanan ganas M S 13 dan‘ orang tidak dikenali dari Timur Tengah’.

“Presiden AS ternyata kerap mengugut orang.

“Ia membuatkan kami ketawa kerana kami bukan penjenayah, kami adalah orang yang berusaha gigih,” kata Eber Josue, 25, pendatang dari Honduras.

CNDH berkata ia tidak ada bukti bagi penjenayah atau orang yang mungkin menimbulka­n risiko keselamata­n di dalam karavan berkenaan.

Bagaimanap­un beberapa pendatang berkata mereka tahu tentang sekumpulan kecil anggota geng muda dalam kumpulan mereka.

“Kira-kira 75 peratus (anggota karavan) adalah wanita, kanak-kanak, warga emas dan orang lain yang lemah.

“Kebanyakan bakinya adalah pemuda bersama keluarga mereka.

“Tidak ramai yang melakukan perjalanan bersendiri­an,” kata Gustavo Rodriguez Zarate, ketua program sokongan pendatang bagi keuskupan agung Katolik di Puebla.

Beliau berkata, pendatang bergerak bersama-sama untuk melindungi diri mereka daripada risiko yang banyak dalam perjalanan. Geng Mexico kerap memeras ugut, menculik atau membunuh warga Amerika Tengah yang cuba sampai ke AS.

Ramai pendatang lari daripada kemiskinan dan keadaan tidak selamat di Honduras, El Salvador dan Guatemala, “Segi Tiga Utara” Amerika Tengah di mana geng jalanan yang berpengaru­h memerintah kawasan dengan keganasan yang kejam.

Mereka masih belum pasti sepenuhnya laluan yang akan diambil, bila atau bagaimana.

“Apabila anggota lain dalam karavan itu sampai di sini, kami akan bercakap mengenai apa yang akan dibuat,”kata Teresa Estrada, 23, seorang warga Guatemala.

“Kami tidak ada apa-apa dan tidak mudah untuk sampai sejauh ini.” — AFP

 ??  ??
 ?? Gambar Reuters ?? PARA pendatang yang menyertai karavan dari Amerika Tengah ke Amerika Syarikat (AS) kelmarin memenuhi jalan yang menghubung­kan Tapachula dengan Huixtla. —
Gambar Reuters PARA pendatang yang menyertai karavan dari Amerika Tengah ke Amerika Syarikat (AS) kelmarin memenuhi jalan yang menghubung­kan Tapachula dengan Huixtla. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia