Utusan Borneo (Sabah)

Pongo FC julang Piala Pegawai Hidupan Liar

Kejohanan erat hubungan agensi kerajaan dan swasta pelanconga­n Sepilok

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Pasukan Pongo FC menjuarai Kejohanan Bola Sepak Piala Pegawai Hidupan Liar Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok 2018 yang diadakan di Padang Sintetik Kompleks Sukan Sandakan.

Kejohanan disertai empat pasukan itu merupakan anjuran Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Jabatan Hidupan Liar adalah untuk mengeratka­n hubungan antara pegawai dan kakitangan Jabatan Hidupan Liar, Jabatan Perhutanan, Taman-Taman Sabah dan Pengusaha Pelanconga­n.

Pasukan Pongo FC mewakili Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok (PPOUS) Jabatan Hidupan Liar, STSC (Sabah Tourists Guide Sports Club) mewakili pengusaha pelanconga­n, Taman-Taman Sabah dan FRC (Pusat Penyelidik­an Perhutanan Sepilok).

Kejohanan yang bermula jam 8 pagi itu telah dimulakan dengan perlawanan pihak penganjura­n (Pongo FC) bertemu dengan Jabatan Perhutanan (FRC) dimana Pongo menewaskan FRC dengan 3-2.

Perlawanan kedua dan seterusnya, STSC menewaskan Taman-Taman Sabah (1-0), Pongo FC seri dengan Taman-Taman Sabah (2-2), FRC tewaskan STSC (1-0), Taman-Taman Sabah tewas pada FRC (1-2) dan Pongo FC menang besar menewaskan STSC (4-0).

Pasukan Pongo FC telah menjuarai kejohanan, FRC naib juara, STSC (tempat ketiga) dan Taman-Taman Sabah (tempat keempat).

Dalam kejohanan itu juga, Mohd Shah Eddie dari pasukan Pongo FC telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik kejohanan.

Kejohanan itu telah disempurna­kan oleh Pegawai Hidupan Liar, Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Sylvia Alsisto.

Dalam ucapan perasmian, Sylvia berkata kejohanan ini melibatkan agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam pemulihara­an flora dan fauna dan yang termasuk mereka yang berkait langsung dalam sektor pelanconga­n.

“Untuk makluman, pertanding­an seumpama ini telah diadakan sejak lebih 10 tahun lalu yang bertujuan untuk beriadah dan saling kenal-mengenali di antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata memang tidak dapat dinafikan bahawa dalam dunia yang penuh dengan cabaran, acara sukan seperti ini merupakan wadah untuk melahirkan pekerja yang sentiasa cergas, cekap, berdisipli­n, berdaya maju dan berdaya tahan cergas.

“Ini juga mampu melahirkan masyarakat Malaysia yang aktif dan produktif dengan nilai-nilai murni untuk menghadapi cabaran di masa hadapan dan yang lebih penting lagi ia juga dapat mengeratka­n ikatan silaturahi­m antara agensi-agensi di bawah payung pemulihara­an atau konservasi,” katanya.

 ??  ?? (Gambar kanan) MOHD Shah Eddie Pemain Terbaik kejohanan.
(Gambar kanan) MOHD Shah Eddie Pemain Terbaik kejohanan.
 ??  ?? (Gambar atas) PARA pemain bergambar bersama Sylvia.
(Gambar atas) PARA pemain bergambar bersama Sylvia.
 ?? PASUKAN Pongo FC muncul juara. ??
PASUKAN Pongo FC muncul juara.
 ??  ?? SYLVIA menyepak bola sebagai tanda simbolik perasmian.
SYLVIA menyepak bola sebagai tanda simbolik perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia