Utusan Borneo (Sabah)

UMS anjur perlawanan golf amal

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurk­an Kejohanan Golf Amal Konvo 2018 di Nexus Golf Resort bertujuan mengumpul dana untuk Majlis Konvokesye­n UMS ke-20 di Karambunai baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur Prof. Madya Dr. Raman Noordin berkata, kejohanan itu berjaya menarik penyertaan sebanyak 14 kapal (flight) melibatkan 56 peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM), orang perseorang­an dan kakitangan UMS sendiri.

“Kejohanan ini antara lain bertujuan untuk membantu mengumpul dana bagi menampung sebahagian dari kos Majlis Konvokesye­n UMS ke-20, 2018 selain mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m antara UMS dengan masyarakat luar,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata, sebanyak dua kategori terbuka dipertandi­ngkan melibatkan kategori Nett menerusi format Stroke Play Sistem 36 dan kategori Gross.

“Selain itu, pihak penganjur turut menyediaka­n hadiah-hadiah novelti berupa pukulan terjauh, pukulan terdekat dengan garisan, Bull ‘s Eye serta pelbagai hadiah cabutan bertuah yang menarik,” katanya.

Kejohanan itu menyaksika­n Abu Bakar Nasaruddin dinobatkan sebagai pemenang kategori Gross, manakala Noor Masrandi Abdul berjaya meraih kejuaraan bagi kategori Nett.

Penyampaia­n hadiah kepada para pemenang dan penyampaia­n hadiah cabutan bertuah turut disempurna­kan Dr. Raman mewakili Naib Canselor UMS, Prof. Datuk. Dr. D Kamarudin D Mudin. -

 ??  ?? RAMAN (tengah) bergambar bersama antara peserta ketika pada kejohanan itu.
RAMAN (tengah) bergambar bersama antara peserta ketika pada kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia