Utusan Borneo (Sabah)

FOKUS PEMBANGUNA­N NEGERI

Tempoh berpolitik sudah berlalu, kata Shafie

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatka­n usaha berterusan Tan Sri Musa Aman yang mahu mengambil jawatannya itu bukanlah isu penting, jika dibandingk­an dengan usaha membangunk­an negeri ini.

Beliau berkata, tempoh berpolitik sudah berlalu dan beliau kini mahu memfokuska­n kepada misi dalam memperkuku­hkan kerajaan negeri selain membangunk­an dan membela rakyat di negeri ini.

“Saya hendak membangunk­an Sabah dan membela rakyat negeri ini. Kita tidak mahu ada keraguan dan kebimbanga­n dalam membuat pentadbira­n.

“Cukuplah kita berpolitik. Zaman pilihan raya umum sudah berlalu dan terimalah hakikat. Setiap rakyat mempunyai hak memilih,” katanya ketika ditemui selepas penyerahan ucapan Belanjawan Negeri 2019, di sini pada Khamis.

Penyerahan ucapan bajet itu disampaika­n oleh Setiausaha Tetap Kementeria­n Kewangan Datuk Pg Hassanel Mohd Tahir Nasruddin.

Ditanya mengenai langkah Musa membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, Shafie menjawab ringkas bahawa ia adalah hak individu masingmasi­ng.

Bagaimanap­un, katanya, setiap tindakan harus berpaksika­n kepada perundanga­n sedia ada.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yew Jen Kie menolak saman Musa yang mendakwa pelantikan Shafie sebagai Ketua Menteri tidak mengikut Perlembaga­an pada 12 Mei lalu.

Keputusan itu membuktika­n bahawa Shafie adalah Ketua Menteri Sabah yang sah.

 ?? GambarBern­ama ?? SHAFIE meneliti ucapan bajet yang diterimany­a, sambil diberi penerangan oleh Pengiran Hassanel (dua kiri).
GambarBern­ama SHAFIE meneliti ucapan bajet yang diterimany­a, sambil diberi penerangan oleh Pengiran Hassanel (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia