Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar lelaki 15 tahun cedera dipukul dalam pergaduhan

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Seorang pelajar lelaki berumur 15 tahun cedera dipercayai dipukul oleh pelajar lelaki lain dalam kejadian di Taman Tun Razak di sini, petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata ketika kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa bersama 14 rakannya iaitu pelajar lelaki dari dua sekolah yang berlainan di daerah ini telah berjumpa.

“Perjumpaan itu untuk berbincang dengan sekumpulan 20 pelajar lelaki dari sebuah sekolah lain mengenai pergaduhan yang berlaku pada 30 Oktober lepas di Jalan Singapore di sini.

“Setelah berbincang, mangsa dan rakan-rakannya beredar dari tempat berkenaan tetapi telah dikejar oleh 20 pelajar lelaki terbabit sehingga mangsa tidak dapat lari dan dipukul oleh salah seorang pelajar dengan tali pinggang,” katanya.

Impak kejadian itu, mangsa mendapat kecederaan luka di bahagian dahi dan bengkak di bahagian belakang tulang pipi sebelah kiri.

Azhar yang mengesahka­n kejadian itu berkata kes berkenaan sedang disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh menggunaka­n senjata.

Beliau juga menasihatk­an orang ramai supaya segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya terlihat kumpulan pelajar yang berkumpul dalam keadaan mencurigak­an bagi mengelakka­n perkara seperti itu berlaku pada masa hadapan.

“Ibu bapa juga dinasihatk­an supaya memeriksa dan mengambil tahu kedudukan anak-anak mereka terutama selepas waktu persekolah­an untuk mengelakka­n mereka terlibat dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang,” tegasnya.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia