Utusan Borneo (Sabah)

Rogol anak kandung, bapa kekal dipenjara 40 tahun, 23 sebat

Rogol anak kandung, lakukan kelucahan melampau

- Oleh CLARICE USOP

KOTAK INA BALU: Seorang lelaki tempatan kekal menjalani pemenjaraa­n selama 40 tahun dan 23 sebat, atas dua kesalahan merogol anak kandungnya yang berusia 12 tahun.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad membuat keputusan itu terhadap perayu yang berusia 45 tahun, selepas mengetepik­an rayuannya atas hukuman.

Pada 27 Mac, perayu dikenakan penjara 20 tahun dan 10 sebat oleh Mahkamah Sesyen untuk setiap pertuduhan terbabit selepas didapati bersalah.

Penghakima­n itu dilakukan setelah pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes melampaui keraguan diluar munasabah.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad memerintah­kan perayu menjalani kedua-dua hukuman berkenaan secara berasingan.

Perayu yang juga disabitkan mengikut Seksyen 337 E Kanun Keseksaan juga dikenakan penjara 13 tahun dan tiga sebat, atas kesalahan melakukan kelucahan melampau terhadap mangsa.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, perayu merogol mangsa sekitar Disember 2015 dan Februari 2016 di sebuah taman perumahan, Manggatal, di sini.

Jika sabit salah mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan penjara selama tempoh 30 tahun dan tidak kurang sepuluh sebatan.

Ketika Nurchaya menyampaik­ankeputusa­nnya beliau mengatakan kesalahan yang dilakukan perayu sangat terkutuk, kerana mangsa anak kandungnya sendiri.

Tambahnya walaupun perayu menafikan perbuatan itu, namun bukti menunjukka­n sebaliknya.

Beliau mengarahka­n hukuman bagi dua kesalahan rogol berjalan berasingan, namun serentak dengan hukumankes­alahankelu­cahan melampau.

Timbalan Pendakwara­ya Wan Farrah Fairiza Wan Ghazali bertindak untuk pihak pendakwaan, manakala peguam P.J Perira mewakili perayu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia