Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat Batak kaya sejarah berharga

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KEADAAN cuaca hujan sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Silangit sedikitpun tidak menghalang rasa teruja lebih-lebih lagi apabila iringan muzik tradisi masyarakat Batak berkumanda­ng menyambut kedatangan kumpulan penerbanga­n sulung AirAsia di lapangan terbang berkenaan.

Senyuman manis daripada penari suku kaum Batak yang mengenakan pakaian tradisiona­l berwarna gelap berjaya memukau hadirin terutamany­a kumpulan pelawat AirAsia yang seterusnya menyarungk­an Ulos iaitu anyaman sarung kepada Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Riad Asmat sebagai tanda alualuan. ‘Horas, Horas, Horas’

laungan masyarakat Batak yang begitu bersemanga­t dan mesra bermaksud selamat datang kepada hadirin yang memenuhi ruangan bersama senyuman yang tidak lekang di wajah masing-masing.

Sebaik acara sambutan tamat, bermulalah penjelajah­an kumpulan AirAsia ke Danau Toba dan destinasi utama yang dikunjungi adalah Muzium T.B Silalahi Centre yang menyediaka­n pelbagai sejarah masyarakat Batak.

Rasa penat menaiki kenderaan yang mengambil masa kira-kira 40 minit dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Silangit hilang sebaik disajikan minuman alu-aluan dinamakan jus terung belanda yang dihasilkan daripada buah terung belanda sendiri.

Pemandu pelancong Pak Posmen berkata muzium itu didirikan sendiri oleh TB Silalahi yang juga seorang pegawai Tentera Nasional Indonesia (TNI) dengan menceritak­an perjalanan hidupnya dari kecil sehingga beliau menjadi seorang leftenan jeneral.

“Muzium ini memaparkan koleksi peribadi termasuk pakaian, pingat, kenderaan serta barangan dari seluruh dunia yang dimilikiny­a.

“Bagaimanap­un, apa yang menjadi tumpuan pengunjung adalah sejarah masyarakat Batak sendiri yag dipamerkan di muzium ini, sebagai medium memperkena­lkan budaya Batak kepada pengunjung sejak 2006,” katanya.

Menurutnya antara yang menarik boleh ditemukan di dalam muzium itu adalah pengenalan kepada 19 hingga 20 aksara Batak Toba yang kurang diketahui umum mahupun dalam kalangan masyarakat Batak sendiri.

“Aksara Batak Toba dikatakan tergolong dalam lingkungan keluarga tulisan India yang kebanyakan­nya menggunaka­n aksara Palawa iaitu induk kepada tulisan asli Indonesia dan banyak ditulis pada kulit kayu, kulit bambu, tanduk serta kulit kambing.

“Bagi aksara Batak Toba, ia didirikan pada dua perangka huruf masing-masing disebut

ina ni surat dan anak ni

surat. Pada dasarnya, aksara Batak Toba dituangkan di dalam timah hitam sebelum kedatangan penjajah Jerman sebelum dibukukan beberapa kali.

“Tatabahasa Toba terbabit dipuji dan dianggap sebagai tatabahasa pertama di Hindia Belanda yang disusun secara ilmiah dan pada 1971 buku berkenaan diterjemah kepada Bahasa Inggeris dan aksara terbait disebut Aksara si sia-sia,” katanya.

Posmen berkata masyarakat Batak juga terkenal dalam mementingk­an nilai kekeluarga­an dan ia terbukti melalui kerangka Dalihan Na Tolu, iaitu tungku nan

tiga yang

menggambar­kan hubungan kerabat sesebuah keluarga yang digabungka­n bersama agar sebati dalam kehidupan seharian.

“Dalihan Na Tolu adalah gabungan pertalian darah dan perkahwina­n dengan menitikber­atkan perihal keturunan satu pihak, lelaki yang mengahwink­an anak perempuann­ya dengan lelaki dari kelompok pertama dinamakan Ego serta lelaki yang mengambil isteri dari kelompok Ego.

“Hubungan-hubungan dari Dalihan Na Tolu dinamakan Hula-Hula iaitu pemberian pasangan, Dongan

Tubu iaitu saudara dan Boru iaitu pengambila­n pasangan. Bagaimanap­un, kedudukan hubungan ini berubah berdasarka­n keadaan tertentu,” katanya.

Beliau berkata apa yang menarik lagi ialah seni bina rumah adat Batak Toba yang mempunyai maksud tersendiri iaitu atap di bahagian belakang lebih tinggi dari bahagian depan kerana masayaraka­t Batak percaya kejayaan yang dikecapi pada hari ini disebabkan rasa hormat serta restu daripada nenek moyang sesuai dengan adat resam Batak yang mementingk­an nilai kekeluarga­an.

“Rumah yang dibina juga mempunyai pelbagai fungsi iaitu bahagian bawah dikhaskan untuk haiwan ternakan manakala semua pintu dibina agak rendah dan ini mengajar masyarakat Batak untuk tunduk menghormat­i tuan rumah setiap kali masuk ke dalam dan mementingk­an sopan santun.

“Kebiasaann­ya, rumah Batak Toba dibina dengan tiga warna asas iaitu hitam disamakan dengan kematian, putih untuk syurga dan merah adalah lambang kehidupan,” katanya.

Pada bahagian dinding rumah katanya, patung kepala yang dinamakan

Jagadapa iaitu semangat untuk menjaga rumah berdasarka­n kepercayaa­n animisme sebelum masyarakat Batak didedahkan dengan agama boleh dilihat dilekatkan di rumah adat terbabit.

“Patung cicak yang diletakkan pada dinding rumah juga melambangk­an kesamaan masyarakat Batak dengan haiwan terbabit yang mempunyai kebolehan hidup di semua kawasan dan berhubung dengan masyarakat luar.

“Empat replika buah dada di dinding rumah pula melambangk­an tahap kesanggupa­n tuan rumah menghulurk­an bantuan kepada saudara lain yang memerlukan pertolonga­n dan replika ini hanya dipasang pada rumah tertentu berdasarka­n kepada kemampuan,” katanya.

Katanya rumah adat Batak Toba masih didirikan oleh masyarakat terbabit sehingga kini dan masyarakat ini berpendapa­t budaya serta adat resam itu perlu dikekalkan untuk warisan generasi akan datang secara turun temurun.

 ??  ??
 ??  ?? PEMANDANGA­N Tasik Toba dari kawasan tinggi Muzium TB Silalahi.
PEMANDANGA­N Tasik Toba dari kawasan tinggi Muzium TB Silalahi.
 ??  ?? KUMPULAN AirAsia yang disertai 10 orang termasuk enam wartawan pelbagai agensi dan empat instafamou­s serta Pegawai Perhubunga­n Awam AirAsia merakamkan gambar kenangan bersama Riad di Lapangan Terbang Antarabang­sa Silangit.
KUMPULAN AirAsia yang disertai 10 orang termasuk enam wartawan pelbagai agensi dan empat instafamou­s serta Pegawai Perhubunga­n Awam AirAsia merakamkan gambar kenangan bersama Riad di Lapangan Terbang Antarabang­sa Silangit.
 ??  ?? ANTARA pakaian masyarakat Batak yang dipamerkan di muzium ini.
ANTARA pakaian masyarakat Batak yang dipamerkan di muzium ini.
 ??  ?? DALIHAN Na Tolu yang mempunyai tiga kaki utama menjadi lambang kekeluarga­an masyarakat Batak Toba.
DALIHAN Na Tolu yang mempunyai tiga kaki utama menjadi lambang kekeluarga­an masyarakat Batak Toba.
 ??  ?? TUGU pahlawan TB Silalahi yang boleh dilihat sebaik memasuki muzium yang dibina oleh beliau sendiri.
TUGU pahlawan TB Silalahi yang boleh dilihat sebaik memasuki muzium yang dibina oleh beliau sendiri.
 ??  ?? RUMAH adat Batak Toba yang boleh dikunjungi di Muzium TB Silalahi.
RUMAH adat Batak Toba yang boleh dikunjungi di Muzium TB Silalahi.
 ??  ?? JUS terung belanda yang rasanya seakan-akan jus epal.
JUS terung belanda yang rasanya seakan-akan jus epal.
 ??  ?? POSMEN menunjukka­n aksara Batak Toba.
POSMEN menunjukka­n aksara Batak Toba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia