Utusan Borneo (Sabah)

Pas Sabah ucap tahniah kepada Shafie

-

PARTI Islam Se-Malaysia (Pas) Sabah mengucapka­n tahniah kepada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal atas keputusan Mahkamah Tinggi pada Rabu yang mengesahka­n bahawa beliau adalah Ketua Menteri Sabah yang sah.

Pesuruhjay­a Pas Sabah Mohd Aminuddin Aling berkata parti itu mengharapk­an keputusan berkenaan akan memberi laluan kepada kerajaan baharu menumpukan kepada tugas pembanguna­n negeri ini.

Katanya Sabah sudah terlalu lama berada di takuk kemunduran dan kemiskinan. Bila bercakap soal kemiskinan, ia akan tertumpu di negeri ini.

“Sama juga jika berbicara mengenai kemunduran, Sabah juga yang paling ketara dengan kemunduran­nya.

“Kerajaan baharu yang dipimpin oleh Shafie mesti mengeluark­an Sabah dari kepompong ini. Sabah mesti diangkat selari dengan wilayah lain dalam Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Katanya antara tumpuan penting yang mesti menjadi tumpuan kerajaan baharu adalah pembanguna­n luar bandar, sektor pendidikan, keadilan sosial dan kualiti infrastruk­tur.

Aminuddin berkata tidak dinafikan bahawa kerajaan sebelum ini juga ada melaksanak­an pelbagai program pembanguna­n tetapi kebanyakan­nya tidak mengenai golongan sasar.

Sebagai contoh katanya, masih terdapat kawasan luar bandaryang­tidakmempu­nyai jalan raya sempurna yang sangat menyukarka­n orang kampung untuk mendapat akses kepada sekolah ataupun sukar untuk memasarkan hasil pertanian mereka.

“Dalam konteks pembanguna­n jangka panjang, Pas yakin Sabah boleh menjadi model negeri pertanian yang maju. Dengan keluasan tanah yang ada dan insentif tambahan daripada pihak kerajaan, kami yakin matlamat ini boleh dicapai,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia