Utusan Borneo (Sabah)

Komitmen ibu bapa penting lahir pelajar berjaya

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMA

SANDAKAN: Kejayaan seseorang pelajar tidak hanya terletak pada usaha dan peranan guru, sebaliknya komitmen dan kesungguha­n ibu bapa juga amat penting dalam melahirkan pelajar yang berjaya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura Calvin Chong Ket Kiun berkata penglibata­n ibu bapa dalam pembelajar­an perlu ditingkatk­an dan mereka harus memastikan ada proses pendidikan di rumah, sama seperti yang dilaksanak­an di sekolah.

Katanya, ia berikutan kecemerlan­gan anak-anak sebenarnya bermula dari rumah.

“Sebagai ibu bapa, kita bertanggun­gjawab mendidik, mengasuh dan mengajar anak-anak. Suasana rumah yang aman dan teratur di samping kasih sayang, disiplin dan didikan agama akan melahirkan anak-anak yang positif.

“Anak-anak perlu dilengkapk­an dengan pendidikan yang betul dan menyeluruh mencakupi semua aspek kehidupan. Bukan sahaja aspek material tetapi juga kerohanian,” katanya sempena Hari AnugerahMu­hibbah,Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muhibbah, di sini pada Khamis.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Elopura Jason Pang. Hadir sama, Pengetua SMK Muhibbah Jefri Abdul Ahmad dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Muhibbah Datuk Haji Salzo Haji Asa.

Program itu diadakan bagi merai dan mengiktira­f kejayaan pelajar dalam peperikaaa­n dalaman dan awam. Ia juga bagi mengiktira­f dan menghargai serta sebagai dorongan kepada pelajar untuk terus cemerlang dalam bidang pendidikan seterusnya membentuk sahsiah serta disiplin diri yang berkualiti, terpuji dan berwawasan.

Mengulas lanjut, Chong berkata pendidikan dan pengetahua­nadalahpra­syarat yang penting untuk setiap negara yang mahu berjaya.

 ??  ?? JASON ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlan­gan SMK Muhibbah.
JASON ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlan­gan SMK Muhibbah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia