Utusan Borneo (Sabah)

Hafez didesak letak jawatan Ahli Parlimen Sipitang

-

SIPITANG: Ahli Parlimen Sipitang Haji Yamani Hafez Musa digesa melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Sipitang.

Desakan itu dibuat oleh Parti Warisan Bahagian Sipitang yang mendakwa Hafez telah mengkhiana­ti sokongan rakyat di kawasan itu, yang memilih beliau sebagai Ahli Parlimen pada PRU14.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Warisan Sabah Mohd Samlih Haji Juasin berkata sehingga kini, walaupun sidang Parlimen telah berlangsun­g berapa kali, namun kelibat Hafez mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Sipitang masih belum kelihatan.

“Keadaan memberikan gambaran beliau (Hafez) seolah-olah tidak berminat menjadi Ahli Parlimen selain telah mengabaika­n amanah serta tanggungja­wab yang diberikan oleh rakyat yang memilih beliau sebagai Ahli Parlimen di kawasan ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurut beliau yang juga bekas calon Warisan DUN Lumadan, kegagalan Hafez mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen juga memberikan gambaran yang beliau hanya berminat menjadi Ahli Parlimen sekiranya Barisan Nasional (BN) memerintah.

“Gambaran ini jelas yang beliau lebih pentingkan kedudukan dan pangkat daripada berkhidmat kepada rakyat yang memberikan sokongan kepada beliau selama ini,” katanya.

Sehubungan itu, Samlih berkata dengan rasa tanggungja­wab dan keadilan kepada pengundi serta rakyat di kawasan ini, beliau wajar meletak jawatan segera dan membiarkan pengundi di Sipitang memilih wakil rakyat baharu yang lebih berwibawa dan bertanggun­gjawab terhadap mereka.

Sebelum ini, tular di media sosial ketidakhad­iran Hafez dalam majlis angkat sumpah Ahli Parlimen selain kegagalan beliau turun padang menemui rakyat di kawasan ini sebaik dipilih menjadi Ahli Parlimen.

 ??  ?? HAFEZ
HAFEZ
 ??  ?? SAMLIH
SAMLIH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia