Utusan Borneo (Sabah)

Projek rintis ‘Diversion’ untuk kanak-kanak terlibat jenayah ringan dilaksana 2019

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan melaksanak­an projek rintis dikenali ‘Diversion’, iaitu sistem pengalihan kanak-kanak yang terlibat jenayah ringan dan tidak serius daripada sistem kehakiman sedia ada bermula tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata melalui sistem itu, kanak-kanak yang disabitkan dengan kesalahan ringan, tidak akan ditahan.

“Kanak-kanak tersebut akan menjalani modul intervensi yang disediakan khas untuk mereka mengikut jenis kesalahan dan latar belakang mereka,” katanya ketika berucap pada program lawatan rasmi di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Besi, di sini, Khamis.

Dr Wan Azizah, yang juga MenteriPem­bangunanWa­nita, Keluarga dan Masyarakat, berkata modul intervensi itu yang dilaksanak­an sebagai kaedah rehabilita­si alternatif merangkumi sesi kaunseling, khidmat masyarakat, bayaran ganti rugi atau membaik pulih kerosakan yang dilakukan.

Bagaimanap­un, pelaksanaa­n Diversion akan dikemukaka­n kepada Jabatan Peguam Negara untuk perbincang­an lanjut kerana jabatan itu bertanggun­gjawab menentukan jenis kesalahan yang boleh diletakkan di bawah sistem itu.

Beliau berkata kesan buruk daripada sudut psikologi yang dihadapi kanak-kanak kerana melalui proses perundanga­n akibat kesalahan-kesalahan kecil adalah lebih teruk daripada kesalahan itu sendiri.

Sementara itu, Dr Wan Azizah, ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, berkata dua daripada tiga pelajar perempuan Asrama Akhlak Perempuan, Jitra dekat Kubang Pasu yang dilaporkan melarikan diri dari asrama itu pagi semalam, telah dijumpai.

Katanya kesemua pelajar tersebut dipercayai melarikan diri kerana belum dapat menyesuaik­an diri dengan keadaan di pusat pemulihan tersebut. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia