Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan atasi masalah Gua Gomantong

Sebagai sumber ekonomi penduduk dan khazanah alam

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Kerajaan Negeri akan berusaha untuk mengatasi rungutan penduduk setempat berkaitan Gua Gomantong yang tidak terjaga dengan baik selain hasilnya dinikmati oleh pihak luar.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Haji Jaujan Sambakong berkata Kinabatang­an bukan sahaja kaya dengan sarang burung yang terdapat di Gua Gomantong, tetapi juga merupakan salah satu khazanah alam yang sepatutnya dijaga dengan baik dan hasilnya seharusnya dinikmati penduduk setempat.

Oleh itu, beliau berharap dengan penubuhan Koperasi Warisan Digadong Sammah Al-Haj Kinabatang­an Berhad (Kop-Wadisa) akan terus menjaga kebajikan masyarakat setempat.

“Saya berharap dengan kewujudan koperasi ini, akan mengambil berat tanggungja­wab untuk terus menjaga kebajikan masyarakat bertepatan dengan tujuan utama ia dibentuk.

“Saya juga berharap agar masyarakat suku kaum Sungai akan sedaya upaya membangunk­an hala tuju ekonomi dan sosial secara bersama dengan muafakat yang lebih baik.

“Semua Ahli Lembaga Koperasi hendaklah berbincang dari semasa ke semasa untuk lebih kreatif dan berdaya saing agar kebajikan dan cara hidup suku kaum Sungai sekurang kurangnya terjaga dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pejabat Koperasi Warisan Digadong Sammah Al-Haj Kinabatang­an Berhad (KopWadisa) di Mawar Centre, Batu 5, di sini pada Khamis.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Haji Dumi Panglima Masdal dan Pengerusi KopWadisa Pengiran Haji Roslan Oengiran Haji Mansah.

Dalam masa yang sama, Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berharap KopWadisa dapat menyatukan,

(kanan) ketika taklimat Kop-Wadisa selepas merasmikan pejabat koperasi itu pada Khamis.Turut hadir Pengerusi Kop-Wadisa Pengiran Roslan Pengiran Mansah (kiri).-GambarBern­ama

mengeratka­n silaturahi­m, memberikan kerjasama dan bantuan serta memberikan peluang pekerjaan yang dapat menjana baik ekonomi masyarakat setempat khususnya masyarakat suku kaum Sungai di Kinabatang­an.

Kop-Wadisa yang ditubuhkan sejak lapan bulan lalu menetapkan beberapa hala tuju termasuk mewujudkan skim pendidikan untuk membantu membiayai persekolah­an anak-anak di pelbagai peringkat; mewujudkan skim kebajikan untuk membantu rakyat yang memerlukan selain membaikpul­ih rumah ibadah dan membina tahfiz; serta mewujudkan skim pelanconga­n.

 ??  ?? JAUJAN
JAUJAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia