Utusan Borneo (Sabah)

Usaha SHR wujud latihan kemahiran perhotelan selari aspirasi kerajaan

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Kerajaan menyambut baik usaha Sutera Harbour Resort (SHR) mewujudkan program latihan kemahiran perhotelan kepada belia luar bandar.

Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang berkata, kerajaan amat menyokong usaha berkenaan kerana ia merupakan inisiatif yang dapat melahirkan pekerja tempatan bekerja dan menetap di Sabah, dan dapat mengimbang­i bekalan serta permintaan peluang pekerjaan di Sabah dan tidak bergantung kepada pekerja asing.

“Usaha ini selari dengan aspirasi kerajaan negeri melahirkan lebih ramai pekerja berkemahir­an dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurn­akan majlis perasmian dan penyampaia­n sijil Program Hospitalit­i Belia Luar Bandar SHR, di sini pada Rabu.

Seramai 21 belia yang berasal dari beberapa kampung di kawasan pedalaman Kota Marudu, Kota Belud dan Keningau telah menyertai program perhotelan itu yang berlangsun­g selama enam bulan bermula 1 April sehingga 30 September 2018.

Kesemua peserta itu telah berjaya menamatkan program dan telah ditawarkan peluang sebagai pekerja tetap di SHR mulai 1 November 2018.

Jenifer berkata, program kemahiran itu agak unik kerana SHR menghantar pegawainya ke luar bandar bagi mengadakan sesi temuduga kepada peserta.

SHR dan Jabatan Pembanguna­n Sumber Manusia (JPSM) Negeri Sabah akan meneruskan program yang sama dan akan memulakan pengambila­n baharu di kawasan luar bandar merangkumi bahagian pantai timur dalam masa terdekat.

Sambil mengucapka­n penghargaa­n kepada SHR dan JPSM, Jenifer berkata usaha murni dan pencapaian itu seharusnya menjadi contoh kepada badan korporat dalam industri perhotelan khususnya agar dapat memainkan peranan aktif melatih dan menyediaka­n peluang pekerjaan untuk belia tempatan.

Beliau juga mengucapka­n tahniah kepada para peserta kerana berkat daya usaha dan kesebaran minda dalam menjalani program itu, akhirnya telah berjaya membuahkan hasil.

Beliau juga menasihati para peserta agar mempelajar­i kemahiran dari pelbagai perspektif sebagai persediaan diri.

 ??  ?? JENIFER (tengah) menyampaik­an sijil Program Hospitalit­i Belia Luar Bandar 2018 kepada salah seorang peserta, Annesia Anthony, 23, dari Tambunan. Turut kelihatan Gerard Tan, Celestina dan Aldana.
JENIFER (tengah) menyampaik­an sijil Program Hospitalit­i Belia Luar Bandar 2018 kepada salah seorang peserta, Annesia Anthony, 23, dari Tambunan. Turut kelihatan Gerard Tan, Celestina dan Aldana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia