Utusan Borneo (Sabah)

Syarikat makanan didenda RM5,000, jual jeruk buah pemanis tiruan

-

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat makanan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis kerana menjual jeruk buahbuahan yang mengandung­i ‘siklamat’ iaitu pemanis tiruan yang tidak dibenarkan.

Majistret Wong Chai Sai menjatuhka­n hukuman itu terhadap syarikat SSYP Jaya Enterprise yang diwakili Lee Chow Yoke ,48, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mahkamah turut memerintah­kan waran levi dikeluarka­n sekiranya syarikat tersebut gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, syarikat itu didakwa telah menjual jeruk buah-buahan melalui Foo Chin Phan , 68, kepada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitar­an Muhammad Hafizuddin Badrul Hissham dan setelah di analisis oleh Makmal Keselamata­n dan Kualiti Makanan Selangor di dapati mengandung­i “siklamat’ iaitu pemanis tiruan yang tidak dibenarkan dalam Akta Makanan 1983 .

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pasaraya Borong Super 7, Super Seven (Viva Home) Sdn Bhd di Jalan Loke Yew di sini pada 11.20 pagi, 17 April lepas.

Pendakwaan dikemukaka­n mengikut Peraturan 19 (2) yang dibaca bersama Peraturan 132A(2) PeraturanP­eraturan Makanan 1985 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 397(2) PeraturanP­eraturan Makanan 1985 yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum 20 tahun.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Pejabat Kesihatan Cheras Rofidah Abd Molok memohon hukuman setimpal atas alasan ‘siklamat’ adalah pemanis buatan yang murah dan memiliki rasa manis 30 hingga 50 kali gula pasir.

“Bahan tersebut tidak boleh digunakan dalam makanan kerana ia boleh menyebabka­n sistem perkumuhan dalam usus tidak boleh berfungsi. Malah boleh menyebabka­n pengecutan organ seks lelaki iaitu testis dan penyebab kanser kepada manusia,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia