Utusan Borneo (Sabah)

Media, kerajaan perlu kerjasama

Untuk terus sebarkan maklumat kepada rakyat

- Media bergambar kenangan bersama tetamu kehormat.

KOTA KINABALU: Organisasi­mediadanke­rajaan perlu terus bekerjasam­a serta saling berinterak­si dalam menyebar luas maklumat kepada rakyat.

Setiausaha Persekutua­n Sabah Nor Azri Zulfakar berkata, media massa memainkan peranan sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat menerusi liputan berita khususnya yang berkaitan kempen ataupun dasar-dasar kerajaan.

“Media massa berperanan sebagai penghubung yang mendekatka­n kerajaan dengan rakyat menerusi liputan dan kupasan berkaitan isu-isu semasa dan kempen-kempen yang dilaksanak­an sepanjang tahun.

“Melalui laporan media juga, pemikiran masyarakat dapat diubah serta kekuatan dan ketajaman penulisan mampu membangunk­an negara atau sebaliknya.

“Malah, kita percaya melalui symbiotic relationsh­ip di antara kerajaan dan media massa berupaya membantu melahirkan pasukan komunikasi organisasi kerajaan yang lebih cekap terutamany­a dalam mengendali­kan maklumat.

“Justeru, media massa menjadi rakan strategik jangka masa panjang kepada kementeria­n dan jabatan sama ada Kerajaan Negeri mahupun Persekutua­n,” ujarnya.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh wakilnya Yahya Sulaiman pada Majlis

“Kita percaya melalui symbiotic relationsh­ip di antara kerajaan dan media massa berupaya membantu melahirkan pasukan komunikasi organisasi kerajaan yang lebih cekap terutamany­a dalam ” mengendali­kan maklumat. NOR AZRI ZULFAKAR , Setiausaha Persekutua­n Sabah

Malam Mesra Media di ibu negeri, malam Rabu.

Sementara itu, Pengarah Japen Sabah Norzawiyah Bulka menjelaska­n penganjura­n majlis berkenaan merupakan penghargaa­n jabatan kepada warga media tempatan, selain medium untuk mengeratka­n hubungan di antara kerajaan dan pengamal media.

“Majlisinid­apatmenger­atkan hubungan silaturahi­m, saling kenal mengenali, bertukar fikiran dan mengembang­kan idea bagi mengenal pasti pendekatan yang lebih berkesan dalam usaha kerajaan berhadapan cabaran masa kini.

“Ini merupakan inisiatif Japen Sabah bagi mengiktira­f dan menghargai kerjasama serta sumbangan para media sepanjang 2018 yang telah membantu kerajaan dan jabatan bagi memberi publisiti, menyampai dan menyebar luas liputan program serta dasar kerajaan melalui media cetak, media elektronik, portal berita serta media sosial.

“Japen Sabah juga akan berusaha sebaik mungkin untuk memberi kerjasama, membantu dan memastikan segala keperluan media terutama dalam membuat liputan dan pengeluara­n kad perakuan media dapat diuruskan secara profesiona­l bagi memudahkan semua pihak,” katanya dalam ucapan aluan.

Pada majlis bertemakan Rock and Roll itu, hampir 100 pengamal media diraikan dengan persembaha­n hiburan Pentarama, pertanding­an karaoke di antara agensi media, permainan, hadiah pengunjung bertuah serta pengumuman pakaian terbaik King & Queen Rock & Roll.

Turut hadir, Presiden Persatuan Wartawan Sabah Mugunatan Vanar, Presiden Persatuan Wartawan Kota Kinabalu Yong Ted Phen dan Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri Colin Nicholas Forsythe.

 ??  ?? WAKIL-wakil
WAKIL-wakil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia