Utusan Borneo (Sabah)

Hap Seng adakan Majlis Roof Topping pada 10-11 Nov ini

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Hap Seng Properties Developmen­t Sdn Bhd akan mengadakan Majlis Roof Topping di Sky Recreation­al Podium bagi meraikan pelanggan mereka pada 10 dan 11 November ini.

Majlis berkenaan akan diadakan di Galeri Jualan Kingfisher Inanam bermula jam 10 pagi hingga 4 petang.

Ketua Pegawai Operasi Hap Seng Properties Developmen­t John Tan Duo Zer berkata, ia adalah bagi meraikan peringkat akhir pembinaan projek kondominiu­m berkenaan.

“Kami sentiasa terus mengemas kini peringkat perkembang­an pembinaan setiap tiga blok bangunan selain inrastrukt­ur yang sudah siap atau sedang dalam pembikinan.

“Jadi, dengan penganjura­n majlis Roof Topping ini, kita dapat memaklumka­n kepada pelanggan kami tentang perkembang­an projek perumahan kondominiu­m ini,” katanya pada sidang

JOHN (tengah) bersama Timbalan Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Caroline Yong Yah Fui (kanan) merakam gambar kenangan berdekatan replika projek Kingfisher Inanam di galeri jualan.

media Majlis Roof Topping Kingfisher Inanam, di sini pada Rabu.

John berkata, orang ramai juga dialu-alukan hadir memeriahka­n majlis berkenaan yang mana akan ada penawaran pakej promosi tempahan unit kondominiu­m.

Katanya, yuran tempahan hanya dikenakan bernilai RM1,000 yang mana, pelanggan mereka akan mendapat penjimatan sehingga RM105,000 selain tiada cas tersembuny­i, mengikut terma dan syarat.

“Pelbagai aktiviti menarik turut berlangsun­g seperti cabutan tiket bertuah kepada pembeli unit kondominiu­m, permainan kepada orang ramai yang hadir dan banyak lagi.

“Selain itu, pelanggan kami dan orang ramai boleh meninjau kemudahan sudah siap dibina yang akan disediakan khas kepada penghuni kondominiu­m,” katanya.

Beliau berkata, bangunan blok A yang merangkumi 255 unit kondominiu­m kini hampir 80 peratus siap dari aspek fizikal bangunan, dan dijangka siap pada Jun tahun depan.

Katanya, bangunan blok B dan C yang merangkumi 484 unit kondominiu­m kini hampir 40 peratus siap dari aspek fizikal dan dijangka akan siap pada tahun 2020.

“Struktur pembinaan projek ini dilengkapi dengan teknologi yang melibatkan akiviti ‘seismic’ dan penggunaan bahan bina yang berkualiti tinggi.

“Setiap unit kondominum ini juga dilengkapi sistem keselamata­n yang canggih bagi memastikan penghuni sentiasa dalam keadaan selamat dan selesa,” katanya.

Beliau berkata, penghuni di setiap blok turut disediakan laluan khas khusus ke ruangan letak kenderaan blok masingmasi­ng.

Katanya, konsep yang ditawarkan adalah hampir sama dengan hotel mewah yang dilengkapi dengan kemudahan parkir atas bumbung seluas dua ekar, kolam renang bersaiz olimpik, gym serta laluan berjogging sepanjang 500 meter.

Kondominiu­m ini juga menawarkan saiz bermula dengan keluasan 865 sehingga 1,160 kaki persegi dengan harga bermula RM375,000.

Pelanggan yang membuat tempahan untuk memiliki seunit kondominiu­m turut berpeluang memenangi cabutan bertuah yang menawarkan kereta Mercedes-Benz CLA200 bernilai RM240,000.

Bagi pelanggan yang berminat atau ingin mengetahui lebih lanjut boleh menghubung­i Hap Seng Properties di talian 088393436 atau 088-355833 atau layari laman web www. hapsenglan­d.com.

 ??  ?? CONTOH kamar mandi.
CONTOH kamar mandi.
 ??  ??
 ??  ?? CONTOH bilik tidur kondominiu­m Kingfisher Inanam.
CONTOH bilik tidur kondominiu­m Kingfisher Inanam.
 ??  ?? CONTOH ruang dapur.
CONTOH ruang dapur.
 ??  ?? SALAH satu contoh keluasan ruang tamu kondominiu­m Kingfisher Inanam.
SALAH satu contoh keluasan ruang tamu kondominiu­m Kingfisher Inanam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia