Utusan Borneo (Sabah)

Hap Seng festival besar-besaran 10-11 Nov

- Oleh HAMZAH SANUDIN

TAWAU: Hap Seng Properties Developmen­t Sdn Bhd akan mengadakan festival besarbesar­an di Lapangan Bola Sepak Pangsapuri ‘South Ville’ Bandar Sri Indah (BSI) Batu 10 Jalan Apas Tawau pada 10-11 November ini.

Festival yang berlangsun­g selama dua hari ini padat dengan acara-acara yang menarik untuk hiburan para pengunjung terutamany­a kanak-kanak. Antaranya kemunculan maskot wira-wira ‘Marvel Avengers’ seperti Ironman, Captain America dan Spiderman.

Selain itu disediakan juga cabutan bertuah, lukisan muka untuk kanak-kanak dan dewasa, ahli sihir jalanan, badut belon dan makanan.

Sempena festival itu, pihak Hap Seng mengalu-alukan kepada orang ramai untuk hadir mencuba bakat dalam tarian dan nyanyian kerana pada hari berkenaan akan diadakan pencarian bakat baharu.

Di samping itu, penganjur juga menyediaka­n banyak stesen permainan untuk dimenangi antaranya baling bola, papan dart belon, kolam itik, bungkus beg kacang, cincin kelawar, lempar dadu, guling bola ping pong, dart bola, inflatable children bouncy castle, mewarna dan crane claw machine.

Kemuncak acara terdapat lelongan telefon pintar dan aksesori telefon bermula dari harga RM1 yang akan diadakan pada hari terakhir festival.

Selama festival itu berlangsun­g, pihak Hap Seng akan menawarkan pakej jualan yang menarik untuk Pangsapuri ‘South Ville’ Bandar Sri Indah dengan penjimatan sehingga RM40 ribu iaitu rebat jualan sehingga RM20 ribu, bayaran pengenalan RM2,000, yuran guaman percuma, penjimatan pembelian pukal sehingga RM10 ribu, pengurusan pembiayaan sepenuhnya, cabutan bertuah Perodua Bezza dan hadiah misteri.

Para pembeli juga layak mengikuti cabutan bertuah lain yang mempertaru­hkan hadiahhadi­ah lumayan iaitu hadiah utama tiket penerbanga­n untuk empat orang dari Kota Kinabalu ke Bangkok, hadiah tempat kedua TV jenama Sony 65 inci dan tempat ketiga beg tangan berjenama.

Hap Seng Properties Developmen­t telah berjaya memajukan Bandar Sri Indah selepas membangunk­annya selama 14 tahun dan setiap pembeli rumah di bandar ini telah mengecapi semua kemudahan yang disediakan.

Antara kemudahann­ya meliputi hab pendidikan terbesar yang terdiri daripada tadika, sekolah rendah dan menengah, antarabang­sa, kolej, universiti dan lain-lain, Petron terbesar di Sabah dengan 21 pam, terminal bas jarak jauh, Gentingmas Mall Sdn Bhd (hypermarke­t), restoran, kedai serbaneka, perpustaka­an mini, Kompleks Komuniti dan Sukan serta banyak lagi.

Pihak Hap Seng amat mengalakka­n masyarakat Tawau mengambil peluang memiliki rumah impian yang berpatutan di BSI dan jangan lupa untuk melawat unit pameran atau menghubung­i talian 089-773311, 089-752227 atau 012-8110309.

 ??  ?? LALUAN pejalan kaki dan berbasikal yang menghubung­kan dari pangsapuri ke taman tasik .
LALUAN pejalan kaki dan berbasikal yang menghubung­kan dari pangsapuri ke taman tasik .
 ??  ?? PEMANDANGA­N BSI Lake Garden yang berukuran 12 ekar .
PEMANDANGA­N BSI Lake Garden yang berukuran 12 ekar .
 ??  ?? ANTARA perunding jualan profesiona­l Hap Seng Properties.
ANTARA perunding jualan profesiona­l Hap Seng Properties.
 ??  ?? KELOMPOK linear.
KELOMPOK linear.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia