Utusan Borneo (Sabah)

Trump pecat Peguam Negara Jeff Sessions

Ganti beliau dengan penyokong setia, timbul persoalan mengenai siasatan ke atas Rusia

-

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump kelmarin memecat Peguam Negara Jeff Sessions sehari selepas pilihan raya pertengaha­n penggal yang hangat, dan melantik seorang penyokong setia untuk menggantik­annya dalam satu tindakan yang menimbulka­n persoalan mengenai masa depan siasatan ke atas Rusia.

Pemecatan itu melengkapk­an kritikan pedas selama lebih setahun oleh presiden itu berhubung keputusan penasihat undang-undangnya untuk menarik diri daripada siasatan ke atas campur tangan Moscow dalam pilihan raya pada 2016, sekali gus membuka jalan kepada pelantikan Peguam Khas Robert Mueller.

Ketika mengumumka­n peletakan jawatan itu dalam tweet yang mengucapka­n terima kasih kepada bekas senator Alabama itu “di atas perkhidmat­annya” – Trump serta-merta melantik ketua kakitangan Sessions, Matthew Whitaker, sebagai pemangku peguam negara.

Pengumuman itu sertamerta menimbulka­n kebimbanga­n: Whitaker jelas mengkritik skop luas yang diberikan kepada pasukan Mueller untuk menyiasat lebih jauh daripada dakwaan bahawa kempen Trump bersubahat dengan Rusia pada 2016, hubungan lain di antara Trump, keluarga dan pembantuny­a dengan Rusia – siasatan yang dianggap sebagai “pemburuan ahli sihir” oleh presiden itu.

Pada Ogos tahun lepas, beliau secara terbuka menggesa Timbalan Peguam Negara Rod Rosenstein – yang menyelia siasatan–untuk“membataska­n skop siasatanny­a kepada empat sudut perintah yang melantikny­a sebagai peguam khas”.

Sebagai pemangku peguam negara, Whitaker kini ada kuasa untuk merampas pengawasan daripada Rosenstein dan memikul tanggungja­wab.

Pemimpin Minoriti Senat dari Parti Demokrat, Chuck Schumer, segera menyeru kepada Whitaker untuk menarik diri daripada siasatan itu kerana peguam negara lain “telah memberi kenyataann­ya sebelum ini yang mendokong pemberhent­ian pembiayaan dan mengenakan had” ke atasnya.

Senator Bernie Sanders, seorang bekas calon presiden, pergi lebih jauh lagi dan tweet “sebarangcu­baanolehpr­esiden atau Jabatan Kehakiman untuk campur tangan dengan siasatan Mueller adalah satu halangan kepada keadilan dan kesalahan yang boleh didakwa dalam Kongres”.

Sementara itu Whitaker sendiritid­akmemberip­etunjuk tentang hasratnya dalam satu kenyataan membosanka­n kepada pemberita yang memuji bekas ketuanya sebagai “seorang penjawat awam yang dedikasi” dan berkata beliau akan bekerja untuk memimpin sebuah jabatan yang mematuhi “standard etika tertinggi”.

Sessions menjadi mangsa pertama dalam rombakan kabinet yang dijangkaka­n daripada Trump ekoran pilihan raya pertengaha­n penggal di mana Parti Republikan hilang kuasa dalam Dewan Perwakilan tetapi mempertaha­nkan Senat. — AFP

 ??  ?? SESSIONS
SESSIONS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia