Utusan Borneo (Sabah)

Kapal perang tentera laut Norway dan kapal tangki minyak berlanggar, tujuh cedera

-

OSLO: Sebuah kapal perang tentera laut Norway dan sebuah kapal tangki minyak dari Malta berlanggar dalam sebuah teluk sempit di barat Norway semalam, kata pihak berkuasa tempatan, dan tujuh orang mengalami kecederaan ringan.

Kapal perang KNM Helge Ingstad, yang sedang dalam perjalanan pulang dari eksesais Trident Juncture NATO, dikosongka­n selepas perlanggar­an dengan kapal tangki minyak Sola TS, kata tentera Norway.

“Ia dimasuki banyak air dan terdapat bahaya yang tulen bahawa ia akan karam di tempat kejadian,” kata seorang pegawai bagi pusat penyelamat Sola kepada AFP.

Imej yang diterbitka­n oleh badan penyiaran Norway, NRK, menunjukka­n air hampir mencapai paras platform helikopter kapal perang berkenaan.

Seramai 137 orang berada di atas kapal perang itu manakala 23 berada di atas kapal tangki minyak, yang mengibarka­n bendera Malta, kata pegawai itu.

Kapal tangki minyak 62,000 tan itu mengalami kerosakan kecil sahaja dan sedang menunggu untuk ditunda ke sebuah terminal minyak berdekatan, kata pegawai pusat penyelamat.

“Tumpahan minyak kecil dari kapal perang itu telah dikesan tetapi tidak besar,” kata pegawai itu lagi.

Keadaan di sebalik kemalangan itu, yang berlaku sejurus selepas jam 4 pagi di Hjeltefjor­d dekat Bergen, belum lagi jelas.

“Angkatan tentera kini sedangmene­litisemula­semua kaedah yang ada di wilayah berkenaan untuk membantu kapal KNM Helge Ingstad,” kata Leftenan Kolonel Ivar Moen kepada AFP.

Dibina pada 2009, KNM Helge Ingstad menyertai operasi pelucutan senjata kimia di Syria antara Disember 2013 hingga Mei 2014. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia