Utusan Borneo (Sabah)

PM Kemboja selar pengkritik soal pelantikan anak-anaknya ke jawatan tinggi

-

PHNOM PENH: Perdana Menteri Kemboja Hun Sen menyelar pengkritik semalam kerana mempersoal­kan pelantikan peringkat tinggi yang diberikan kepada anakanak pemimpin kuku besi itu, dan menafikan bahawa pelantikan itu sebahagian daripada strategi untuk “mengukuh-kan kuasa”.

Pemimpin berusia 66 tahun itu sudah memerintah Kemboja selama 33 tahun dan pentadbira­nnya penuh dengan pegawai yang ada hubungan kekeluarga­an, dengan tiga anak lelakinya yang memegang jawatan penting dalam badan-badan pertahanan dan perisikan.

Hun Sen sudah lama menepis tuduhan tentang nepotisme tetapi dalam satu ucapan kepada pelajar di Phnom Penh, beliau menggambar­kan pelantikan itu sebagai hasil sampingan semula jadi daripada pendidikan dan latihan.

“Sayamembac­asatutakli­mat media yang dihantar kepada saya pada pagi ini tentang Hun Sen yang melantik anakanakny­a,” katanya.

“Saya mahu bertanya kepada semua orang: Adakah anak-anak saya manusia? Adakah mereka warganegar­a?”

Beliau berkata mereka memiliki ijazah lanjutan dan belajar di luar negara.

“Ia kata ia adalah untuk mengukuhka­n kuasa. Kami menghantar mereka untuk latihan. Mereka melatih mereka untuk apa?”

Penganalis­is berkata Hun Sen kekal dalam kuasa selama berdekad-dekad menerusi gabungan kepintaran politik dan rangkaian yang setia dalam pasukan keselamata­n, dan beliau sedang mengasuh anak-anaknya untuk menjadi pengganti yang berpotensi.

Anak sulungnya, Hun Manet, dilantik pada awal September lalu untuk menjadi ketua turus Angkatan Tentera Diraja Kemboja selain panglima di ibu pejabat tentera infantri.

Beliau lulus dari akademi tentera Amerika Syarikat di West Point dan kerajaan berkata tanggungja­wabnya yang baharu berasaskan merit.

Anak kedua Hun Sen, Hun Manit, adalah ketua unit perisikan tentera manakala anak bongsunya Hun Many merupakan seorang ahli parlimen yang menyelia pergera-kan pemuda parti pemerintah yang menjangkau jauh.

Pada Julau lalu, Parti Rakyat Kemboja (CPP) pimpinan Hun Sen memenangi kesemua kerusi dalam parlimen selepas mengadakan pilihan raya tanpa pembangkan­g. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia